10 Janji Dalam 100 Hari Manifesto Pakatan Harapan


10 janji akan dilaksanakan dalam masa 100 hari pertama membentuk Kerajaan Persekutuan

  1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup. 
  2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar. 
  3. Menghapuskan hutang-hutang yang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA.
  4. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
  5. Menyamaratakan gaji minimum dan memulakan proses kenaikan gaji minimum. 
  6. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam. 
  7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
  8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963. 
  9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40 
  10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerah kepada negara asing.