Stand Together Carnival 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group sedang menganjurkan kempen #STANDTOGETHER yang bertujuan untuk menangani isu buli di sekolah. Sebanyak 821 buah sekolah di seluruh Malaysia telah melaksanakan Minggu Baik Hati (Kindness Week) pada 2 hingga 6 April 2018 sempena kempen #STANDTOGETHER. Bersempena Minggu Baik Hati ini, sebanyak 112 buah sekolah telah menyertai pertandingan Projek Baik Hati dan 30 projek daripada 30 buah sekolah terpilih menerima hadiah RM1000.00 untuk melaksanakan projek mereka, manakala 10 projek terbaik telah menerima kunjungan selebriti di sekolah masing-masing sempena Minggu Baik Hati pada 2 hingga 6 April 2018.

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’ Sri/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan bersempena Kempen #STANDTOGETHER, UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group akan menganjur Karnival #STANDTOGETHER 2018 dalam usaha memepertingkatkan kempen untuk menangani isu buli dengan memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan serta memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan aman untuk semua.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’ Sri/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan dan memeriahkan suasana program karnival tersebut seperti butiran berikut:


KARNIVAL #STANDTOGETHER 2018

Tarikh            :           15 April 2018 (Ahad)

Masa              :           10.30 pagi hingga 6.30 petang

Tempat          :            Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam,

                                    Shah Alam, Selangor

Sekian, terima kasih.

Sumber: KPM
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url