Sponsor


Google+ Facebook Twitter SC


Monday, April 16, 2018

Resepi Rendang Daging Yang Memikat Selera

Gambar oleh Google

Resepi Rendang Daging

1 kilo Daging lembu
1 biji kelapa – diambil santannya
daun limau purut ( di hiris )@ daun kunyit ( dihiris ) ( boleh gak nak masukkan kedua2nya )
1 – 2 keping asam [email protected] 1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa
2 sudu besar kerisik ( kali ni saya tak letak – sebab tak ada )

Bahan kisar

10 biji cili kering di rendam dan dibuang biji
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 batang serai
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar

Cara penyediaan

1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum. kemudian masukkan daging masak hingga daging kecut.
2. Masukkan santan masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut.
3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa. Last sekali masukkan kerisik, daun kunyit  atau daun limau purut yg telah dihiris.
4. Bila sesuai kepekatannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** Satu lagi cara masak rendang ialah satukan bahan kisar, santan dan daging  kedalam kuali. Reneh dan masak hingga daging empuk dan sehingga santan  mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan air asam [email protected] gelugur, gula,garam, perasa, kerisik dan daun kunyit atau daun limau purut. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat!!!!
*** Cara yang nombor dua ni lebih mudah…. saya biasa masak ikut cara yang nombor dua. Rasa dia tetap sama!!!!

0 on: "Resepi Rendang Daging Yang Memikat Selera"