Dapat Panggilan Dari Scammer Lagi


Tadi dapat panggilan dari "bank" Hong Leong di Kuala Lumpur mengatakan ada tunggakkan pinjaman peribadi selama 3 bulan. Kat sini dah kantoi menipu kerana mana ada bank buka pada hujung minggu iaitu hari ahad. Tambahan lagi urusan bank kebanyakkan melalui surat, mana ada call sau persatu pelanggan. Agak-agak lah nak tipu kan.

Borak punya borak, dia minta nak check nama n ic. Bagilah nama dan ic palsu. Kalau betul pegawai tu dari bank kenapa nak tanya lagi nama dan ic kita. Mereka yang call kita, kita plak nak kena bagitau nama dan ic. Kan dah kantoi..Lepas tu pegawai bank yang kononnya peramah tu cakap "encik ni bodoh ke bagi nama dan ic tipu..parents encik tak ajar ke"..Apa lagi saya pun balas lah "hang tu lah bodoh, agak2 lah nak tipu orang nak buat duit senang"...Lepas tu pegawai tu letak terus telefon..Seorang pegawai khidmat pelanggan mana ada guna bahasa kasar kan. Agak-agak lah nak jadi scammer pun.

Moral of story n cara nak detect scammer

1. Tanya apa nama kita n ic dalam sistem mereka (untuk tahu sama ada betul atau tak)
2. Tanya bila kita buat pinjaman
3. Tanya di mana bank yang kita buat pinjaman
4. Tanya apa alamat semasa kita semasa buat pinjaman dengan "bank" depa
5. Jika nombor yang hubungi kita akan pass talian kita kepada kawan2 mereka confirm scammer..

*jika mereka tak boleh jawab soalan kita, confirm scammer

Cara elak scammer

1. Jangan bagi nama n ic kita kepada mereka
2. Guna true caller yang boleh di install di apps store
3. Simpan nombor scammer yang dikongsi dari mangsa2 penipuan
4. Jangan jawab call dari nombor yang dicurigai


No scammer: 0301276674

Ada lagi tak cara nak elak scammer? Jom kongsi pengalaman korang. Jangan lupa pesan kepada ibubapa kita jangan jawab panggilan yang tidak dikenali. Takut mereka akan terjerat.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url