Suami Itu Ibarat Ladang Pahala Buat Isteri

Gambar: Pesona Pengantin

Suami Itu Ibarat Ladang Pahala Buat Isteri

Terima kasih IIUM Confession kerana sudi siarkan luahan aku. Moga jadi iktibar buat semua, terutama mereka yang bergelar isteri.

Kalian yang bernama isteri, pernah tak kalian sedar tentang pengorbanan dan kasih sayang seorang suami kepada kita? Kita sebagai isteri selalu rasa kita jelah yang berkorban, kita jelah yang tunjuk rasa cinta dan sayang. Tapi kita tak sedar, sebenarnya suami kita pun berkorban. Suami kita pun tunjuk rasa sayang dan cinta dia. Cuma cara mereka tunjuk berbeza.

Semuanya bermula bila aku sengaja mengusik suami aku tentang hari jadi aku dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku sengaja usik “Abang, teringin nak tu. Teringin nak ni”. Sedangkan aku takde lah nak sangat barang yang diidamkan tu.

Masa tu aku tengah duduk atas katil. Tetiba suami aku tundukkan lutut dia depan aku kemudian genggam tangan aku “Kalau lah abang banyak duit, macam-macam abang nak bagi pada sayang. Dalam keadaan sekarang, apalah agaknya abang boleh bagi sayang hadiah ye..hmm..” Lepas tu dia usap rambut dan pipi aku.

Masa tu terus aku rasa macam serba salah dan berdosa dengan suami aku. Aku rasa macam dah bebankan dia untuk fikirkan apa nak bagi untuk hari jadi aku. Terus aku menangis depan dia (ye aku emotional dan aku senang tersentuh). Terus aku mintak maaf sebab aku betul2 takde niat. Aku faham keadaan duit sekarang tak berapa nak memberangsangkan. Kami baru pindah rumah sewa. Dia pun sekarang tengah berusaha cari kerja yang lebih bagus. Lepas aku mintak maaf dia terus senyum dan peluk aku untuk tenangkan aku semula.

Aku lupa bahawa ‘suami’ aku ini lah hadiah paling tak bernilai yang aku dapat.

Kepada isteri semua, hargai dan kasihi suami kalian. Berapa ramai perempuan single di luar sana yang masih mencari calon pasangan. Andai sahaja kalian tahu mempunyai suami itu juga satu rezeki. Aku ada baca post dari Wardina Safiyyah di FB, “mempunyai pasangan itu juga satu rezeki. Mencintai dan dicintai juga satu rezeki”. Maha Suci Allah, betapa kita leka dan alpa dengan nikmat yang satu ini.

Aku sedar kekurangan aku sebagai seorang isteri. Sejak kahwin, aku tak nafikan selera makan aku lain macam. Aku nak KFC, Sushi King, Secret Recipe dan percaya atau tidak, dia sentiasa kabulkan walaupun aku selalu je masak kat rumah. Nampak tak kuat makan nya aku ni. Dia kata dia suka tengok aku makan. Setiap kali kalau makan sama-sama dia mesti akan cakap “Makan banyak-banyak. Jangan fikir abang”. Tapi aku tetap suapkan jugak makanan ke mulut dia. Mana boleh aku tak fikir pasal suami aku? Tentu lah aku nak kongsi sama makanan dengan dia.

Suami itu ibarat LADANG PAHALA buat seorang isteri. Maka gunakan lah peluang itu sebaiknya. Lelaki sangat suka dihormati. Maka sentiasa lah senyum depan mereka, maniskan mulut. Sentiasa lah ramah tanya nak makan/minum ke walaupun mungkin sebenarnya suami korang tak berapa lapar/dahaga. Paling penting, lepas solat (isyak misalnya) ciumlah tangan suami dan minta maaf pada dia. Aku selalu praktik kan mintak maaf sebelum tidur. Tak perlu lah tunggu hari raya baru nak mintak maaf. Turun kan ego. Aku perasan suami aku akan senyum gembira je everytime aku mintak maaf pada dia. Aku dapat rasa dia suka dihormati. Bila suami rasa dihormati, dia akan tunjukkan rasa sayang pada kita. In return, kita akan rasa disayangi.

Wahai isteri, apabila kau bangun tidur dan kalau lihat suami kau sedang lena di sisi maka panjatkan lah kesyukuran setingginya pada Allah. Berapa ramai isteri di luar sana yang tidur bersebelahkan ruang katil yang kosong? Berapa ramai yang rindukan kehangatan pelukan dan ciuman suami tapi tak mampu merasai semua itu hanya kerana Allah lebih sayangkan suami mereka? Aku baca banyak kisah seorang isteri kehilangan suami akibat kemalangan, kecelakaan dan paling menyedihkan, para isteri itu sedang menghitung hari melahirkan zuriat mereka.

Sorry kalau aku kedengaran emosi. Aku cuma mengharapkan isteri sekarang lebih menghargai suami mereka dan tolong lah mengerti bahawa suami itu lah asbab kalian ke syurga atau ke neraka. Perempuan senang masuk syurga, tapi at the same time perempuan juga lah paling banyak dalam neraka. Ambil yang baik dan semoga kita menjadi isteri yang solehah.. inshaa Allah aamin.

Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan,
Ketika kita buntu dia penunjuk jalan..

– Puteri

Sumber :
IIUM Confession
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Hasrul Hassan
    Hasrul Hassan يناير 31, 2018

    Uhh ladang pahala ehh .... hmm nak kena kabo kat bini ni .. selalu cakap sebaliknya.. isteri ladang cucuk tanam untuk suami .. ekkeke

Add Comment
comment url