Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh



Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada PPP Tahun 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara bagi ambilan Tahun 2018.
PPP yang berminat untuk memohon adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat Program Penajaan/CBBP yang disertakan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018.
Sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai program ini, boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) atau e-mel ke[email protected] atau hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7028.

Sekian, terima kasih.
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sumber: 

Download Dokumen Di Bawah