Apa Tugas Ibubapa? Goyang Telur?
Admin
Berbalik kepada kes kebakaran pusat tahfiz beberapa hari yang lepas Kickstory Dot Net tidak suka jika ada individu meletakkan kesalahan kepada guru di sekolah kerana tidak berjaya mendidik pelajar ke arah sahsiah dan akhlak yang baik.
Sepatutnya ibubapa yang perlu dipersalahkan kerana terlalu memanjakan anak-anak sehingga tidak dapat ditegur. Perkara sedemikian berpunca dari institusi keluarga yang bermasalah sehingga kurang mendidik anak-anak ke arah yang lebih baik. Meletakkan kesalahan kepada guru adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Apa hak guru untuk mendidik pelajar supaya berakhlak mulia jika angkat tangan pun guru tidak berani kerana akan di saman oleh ibubapa?
Jika dilihat kes baru2 ini, guru disiplin merotan pelajar bermasalah tetapi ibubapa cuba menyalahkan guru dalam hal ini. Apa generasi yang akan dilahirkan jika sentuh pun guru tidak dapat lakukan? Ini lah dia generasi yang ibubapa suka, iaitu generasi yang bertindak melulu tanpa berfikir secara waras terutama yang terlibat dengan kes dadah seusia 12 tahun. Fikir sejenak. Inikan generasi yang kita mahukan? Saya sokong dengan pernyataan di bawah ini