Permohonan Program Pra Diploma dan Diploma Politeknik Ambilan Disember 2016



Calon-calon Lulusan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Institut Kemahiran Mara, Sijil Institut Pertanian Malaysia, Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA Tech) dipelawa untuk memohon ke Program Pra Diploma/Diploma Politeknik Ambilan Disember 2016.

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A (Lepasan SPM/Setaraf) berharga RM 15.64 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.
*Nombor Unik ID Sesi JUN 2016 masih sah digunapakai untuk permohonan kemasukan ke Sesi Disember 2016.

Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) yang dibuka mulai 08 Ogos 2016 jam 12.00 tengahari sehingga 03 Oktober 2016, jam 12.00 tengahari.

Iklan permohonan boleh dilihat di sini.








Calon-calon yang telah membuat permohonan dinasihatkan untuk mengambil maklum tarikh-tarikh penting berikut:
PerkaraTarikhCatatan

Permohonan ditutup
03 Oktober 2016
jam 12.00 tengahari
Semakan panggilan temuduga05 Oktober 2016
jam 2.00 petang
Untuk permohonan ke Diploma Kejuruteraan Penyenggaraaan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja
Sesi temuduga10/11 Oktober 2016Untuk permohonan ke Diploma Kejuruteraan Penyenggaraaan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja
Keputusan permohonan21 Oktober 2016
Pendaftaran pelajar baharu20/21 November 2016


Terima kasih kerana memilih Politeknik sebagai institusi pengajian tinggi anda.

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN) KE PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN POLITEKNIK SESI DISEMBER 2016

Murid berkeperluan khas (ketidakupayaan pendengaran) yang telah tamat Tingkatan 5 dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dipelawa untuk memohon ke Program Sijil Kemahiran Politeknik Ambilan Disember 2016.

Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) yang dibuka mulai 15 Ogos 2016 sehingga 03 Oktober 2016, jam 12.00 tengahari.

Maklumat berkaitan Program Sijil Kemahiran Politeknik boleh dilihat di sini.

semakKlik di sini untuk membaca panduan permohonan  semakKlik di sini untuk memohon


Terima kasih kerana memilih Politeknik sebagai institusi pengajian tinggi anda.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA SECARA SEPARA MASA (KSS) POLITEKNIK SESI DISEMBER 2016

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Secara Separa Masa (KSS) Politeknik sesi Disember 2016. Borang pemohonan akan dibuka mulai 15 Ogos 2016 - 11 Oktober 2016.

semakKlik di sini untuk memohon



Terima kasih kerana memilih Politeknik sebagai institusi pengajian tinggi anda. 
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url