Cara Terapkan Unsur Kelestarian Pada Pelajar


Kelestarian berdasarkan prinsip yang mudah adalah semua keperluan untuk hidup serta kesejahteraan hidup bergantung sama ada secara langsung ataupun tidak langsung terhadap alam semula jadi. 

Kelestarian mencipta serta mengekalkan syarat-syarat keatas manusia dan alam sekitar bagi mewujudkan suasana yang harmoni dah produktif. Ia membenarkan dan memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan lain-lain untuk generasi masa kini dan masa hadapan. Kelestarian penting untuk memastikan kualiti air, bahan-bahan, dan sumber bagi memastikan kesihatan manusia dan juga alam sekitar.

Cara bagaimana guru boleh menerapkan unsur kelestarian di sekolah atau dirumah kepada pelajar;

1. Menggalakkan murid mengitar atau menggunakan semula bahan buangan (sediakan tong mengikut kategori, gunakan kotak sebagai tong sampah)

2. Sekolah tanpa plastik (murid makan dalam pinggan dan minum dalam gelas)

3. Sifar botol plastik (murid perlu membawa air sendiri dalam botol, kantin jual air dalam gelas sahaja)

4. Menadah air hujan (air tadahan boleh digunakan untuk siram pokok bunga)
5. Menanam sendiri sayuran
6. Hasilkan sendiri baja kompos dari sisa makanan

Kenapa Amalan kelestarian ini penting?

1. Kurangkan kos/jimatkan duit
2. Mengurangkan pencemaran
3. Kelangsungan generasi seterusnya
4. Mengajar murid cara menjaga kebersihan

ps: sekolah akan menajdi bersih jika penggunaan bahan yang menyebabkan pencemaran dikurangkan. 

Sekolah siapa amalkan kelestarian ini? SHARE jika bermanfaat
أحدث أقدم