Program MOST Taiwan Scholarship 2016

Sumber: KPM



YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016             
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Program MOST Taiwan Scholarship 2016 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph. D secara sepenuh masa. Biasiswa ini disediakan oleh Kementerian Sains dan Teknologi, Republik China (Taiwan) untuk rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph. D di Taiwan.  
3.         Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG), KPM yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:
  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  1. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  1. Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
  1. Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
  1. Telah mengisytiharkan harta;
  1. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);
  1. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  1. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman Pelajaran JPA;
  1. Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
  1. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  1. Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pegajian yang diikuti; dan
  1. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.
4.         Pegawai-pegawai PBG yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi borang-borang seperti berikut:
            (i)   Borang JPA(L)LDP 1B/96
(ii)  Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C); dan
(iii)  Application form for MOST Taiwan Scholarship.
Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM.
5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:
   i.        Salinan Kad Pengenalan;
  ii.        Salinan Surat Tawaran kemasukan ke institusi;
 iii.        Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
 iv.        Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
  v.        Salinan pasport; dan
 vi.        Salinan TOEFL/IELTS.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2016 (Isnin) jam 5:00 petang kepada: 
            Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,                                                                  
            Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
6.         Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut::
            6.1       Encik Azmi Tepoli
                        Tel       : 03-8884 7947
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : [email protected]  
            6.2       Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
                        Tel       : 03-8884 7943
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : [email protected]
7.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat jemputan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perhatian tuan/puan jua.
Sekian, terima kasih.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url