MyBrain15 Penjawat Awam (Tetap) - MyPhD




MyPhD

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda "Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi". Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.
Syarat
1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah:
  • Kakitangan Kerajaan / Negeri / Badan Berkanun lantikan tetap;
  • Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari 2015;
  • Mendapat kelulusan Ketua Jabatan;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini;
  • Memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 80% bagi tempoh dua tahun berturut-turut (2013,2014);
  • Bersih daripada pertuduhan/Tindakan Tatatertib dan bebas dakwaan mahkamah;
  • Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (sekiranya berkaitan) ; dan
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun ke belakang.
3. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
4. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD.
5. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara; atau
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf kepada Ijazah Kedoktoran oleh Senat IPT.
6. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.
7. Pemohon boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
8. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara separuh masa sahaja.
9. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di IPTA atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.
Tempat Pengajian
(a) Semua IPTA
(b) Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara
Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan.
Kemudahan & Elaun
(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
KATEGORIYURAN PENGAJIANELAUN SARA HIDUPELAUN BANTUAN TESISELAUN BANTUAN JURNAL
P6 : Kakitangan Kerajaan / Negeri / Badan Berkanun lantikan tetapTidak melebihi RM24,000TiadaTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
    Nota:
    a. Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
    b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
    c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.
(b) Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invoisyang diterima.
Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan
Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan MyBrain15 dikehendaki menandatangani perjanjian .

Permohonan
(a) Permohonan dibuka mulai 5 Mei 2015 hingga tahun 31 Julai 2015.
(b) Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15
(c) Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
(d) Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.
(e) Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.
(f) Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
(g) Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
(h) Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
BILDOKUMENFORMATSAIZ DOKUMEN
1Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)PDF280KB
2Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A)PDF300KB
3Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah SarjanaPDF400KB
4Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).PDF200KB
5Borang Pengesahan Maklumat PemohonPDF400KB
6Borang Perakuan Ketua JabatanPDF280KB
(i) Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(j) Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.
(k) Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.
(l) Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPM.

Sumber: https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15/v2/index_penjawat_awam_phd.php
Previous Post Next Post