Stop Being A Victim of Multi Level Marketing

Desakkan hidup pada zaman sekarang akan membuat seseorang berfikir untuk menjadi kaya dengan mudah iaitu semudah a, b, c. Oleh itu, ada pihak akan mengambil kesempatan dengan menipu pelbagai lapisan masyarakat dengan mengeluarkan produk-produk yang boleh menghasilkan wang dengan pantas seperti Multi Level Marketing (MLM).

Tidak dinafikan ada MLM yang berjaya namun banyak juga ada MLM yang hanya scam semata-mata. Ini bertujuan hanya untuk memperolehi keuntungan oleh pihak tertentu sahaja dengan membuat penindasan kepada orang bawahan.

Oleh yang sedemikian, jika sesiapa yang ingin mencuba nasib dengan MLM, cuba selidiki dahulu syarikat tersebut sebelum membayar apa-apa bagi mengelak kerugian pada masa hadapan.

print this page Print this page
أحدث أقدم