GST Tidak Beri Kesan Kenaikan Kos


Sistem GST tidak akan memberi kesan kenaikan kos harga barang sehingga 30 peratus, sebaliknya ia memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat” Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

Kenaikan kos sara hidup pada zaman sekarang sepatutnya dipandang serius oleh pihak kerajaan terutamanya yang melibatkan sektor awam dan swasta. Pelaksanaan GST pada pendapat saya bukan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu kenaikan harga barang. Kickstory berpendapat gaji perlu dinaikkan jika GST dilaksanakan.

Sudah sedia maklum jika GST dilaksanakan pun, pemilik pasaraya yang menjual barangan keperluan harian tidak mungkin menurunkan harga barang ini kerana ia akan merugikan pihak mereka. Sebagai contoh,

Harga sardin sekarang = RM7.00
Harga sardin apabila GST dilaksanakan = RM6.80

Jika dilihat dari contoh yang diberi, pengguna dapat menjimatkan 0.20 sen tetapi hakikatnya adakah peniaga akan menurunkan harga barangan tersebut? Peniaga juga akan mengira kos upah pekerja, pengangkutan dan sebagainya. Peningkatan kos bahan api, gaji pekerja, sewa kedai dan lain-lain juga perlu di ambil kira..Hal ini akan menyebabkan peniaga kecil tidak mungkin akan menurunkan harga barangan mereka.

Kickstory menyokong sepenuhnya GST jika GST tidak membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Quote Dari Berita 

https://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syornaikgajitakdilaksana/Article

Kuala Lumpur: Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya gaji penjawat awam dinaikkan 30 peratus tidak mungkin dilaksanakan kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang tinggi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan kenaikan itu selaras pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai April tahun depan juga sama sekali tidak rasional. 


Katanya, ini kerana sistem GST tidak akan memberi kesan kenaikan kos harga barang sehingga 30 peratus, sebaliknya ia memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat berikutan pelbagai barangan dan perkhidmatan juga masih dikecualikan GST. 
Sistem GST tidak akan memberi kesan kenaikan kos harga barang sehingga 30 peratus, sebaliknya ia memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat” Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

Bukan alasan munasabah

“Saya tak rasa ia alasan munasabah untuk meminta menaikkan gaji kakitangan awam sehingga 30 peratus dengan memberi perbandingan GST.

“Jika itu dimaksudkan CEUPACS, mungkin elok jika mereka menghadiri lebih banyak majlis penerangan GST supaya lebih faham,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Ke-57 di sini, semalam.

CUEPACS sebelum ini mencadangkan supaya kerajaan menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik selain persediaan kepada pengenalan GST. 
Mengulas lanjut, Ahmad menggesa penjawat awam lebih proaktif dengan mencari maklumat yang benar mengenai cukai berkenaan.

“Kalau penjawat awam sendiri tiada inisiatif untuk kaji dan teliti mengenai GST, macam mana pula dengan rakyat? Sepuluh tahun tidak mahu ambil tahu, maka selama itulah mereka tidak akan faham apa itu GST,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan JPPH memulakan usaha penilaian Harta Intelek pada Jun tahun lalu telah menjadikan Malaysia negara pertama di rantau Asia Tenggara dalam menerajui bidang berkenaan.

Katanya, penubuhan Unit Penilaian Harta Intelek bertujuan menilai kepentingan aspek paten, reka bentuk industri dan hak cipta, sekali gus mampu memberi peningkatan kepada ekonomi negara.



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url