Perumahan Rakyat 1Malaysia

Sumber: http://maribinablog.blogspot.com/2013/06/datraf-online-pr1ma-perumahan-rakyat.html




Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00


YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. 

PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Syarat memohon PR1MA
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Nota:
  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.
أحدث أقدم