Pengaruh Teknologi Pendidikan Dalam Sistem Pendidikan



1.0       Pengaruh Teknologi Pendidikan Dalam Sistem Pendidikan
Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi  dalam sistem pendidikan merupakan perkara yang tidak dapat dihalang. Dunia semakin maju dan pelbagai perubahan telah dapat dilihat dan dirasai. Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin maju dan tidak terlepas daripada gelombang ini. Tambahan mula matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk  mencapai  pendidikan bertaraf dunia.
Perubahan dalam corak pembelajaran daripada berpusatkan guru kini telah berubah menjadi pembelajaran kendiri. Corak pengajaran guru di kelas juga kini berbeza.Penggunaan teknologi seperti penggunaan  komputer telah diasimilasi dalam pendidikan. Murid-murid lebih gemar dengan kaedah pengajaran sebegini dan murid seawal pra sekolah telah mula didedahkan penggunaan teknologi.Teknologi maklumat sentiasa berkembang dan kecanggihan teknologi telah merancangkan pembangunan sistem pendidikan yang seiring dengan kemajuan teknologi.
Teknologi maklumat  membawa maksud teknologi yang berkaitan dengan pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; (Kamus Dewan Edisi Empat) manakala teknologi maklumat dan komunikasi  bermaksud teknologi yg berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; (Kamus Dewan Edisi Empat)
Dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi ini. Murid akan mudah mengakses maklumat dari serta dunia dan menjadikan minda yang glokal.Murid bukan hanya mencari rujukan di perpustakaan di sekolah tetapi boleh mengakses di perpustakaan di seluruh dunia. Ini menyebabkan ilmu tiada sempadan  dan ilmu tiada had.Corak pembelajaran berasaskan projek yang kini dihebohkan akan berhasil dengan adanya kecanggihan teknologi ini. Murid kini akan belajar dengan selesa dan seronok kerana mempunyai pelbagai ilmu dan tidak terhad di dalam kelas.
Dalam forum ini,Isu yang dikupasi adalah isu “jurang digital dan komunikas antara  murid di bandar dan luar bandar” .Isu ini merupakan isu yang sejagat dan wajar untuk diperkatakan.Ini kerana, negara kita mempunyai kawasan yang luas serta mempunyai faktor geografi berbeza yang mempengaruhi jurang digital ini . Walaupun negara sudah semakin maju dalam teknologi maklumat dan komunikasi namun terdapat golongan yang masih lagi tersisih daripada kemajuan tersebut.Justeru itu,isu ini dipilih oleh kumpulan kami sebagai hujah mengatakan pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi  dalam sistem pendidikan merupakan pengaruh yang besar.




Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url