Senarai Tugas Ketua Pendidikan Jasmani



Senaraikan tugas Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (PJK) bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan mata pelajaran PJ. Tugas ketua panitia PJ merangkumi tugas pengurusan, pentadbiran dan pengkeranian.

Antara tugas ketua panitia ialah:

  1. Menjalankan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa mata pelajaran pendidikan jasmani
  2. Anggarkan peruntukan yang diperlukan untuk perbelanjaan sepanjang tahun bagi mata pelajaran pendidikan jasmani.
  3. Menjalankan aktiviti/program yang diputuskan dalam mesyuarat terutama yang melibatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
  4. Menyediakan laporan dan pelaksanaan sesuatu program yang telah dijalankan
  5. Merancang dan mengendalikan kemajuan staff (guru Pendidikan Jasmani)
  6. Menyelaras dan menyemak penyedian soalan dan skema markah
  7. Menyediakan Alat Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar
  8. Menyediakan bilik khas untuk Pendidikan Jasmani dan menyediakan jadual penggunaannya.
  9. Rancangan pelajaran sepanjang tahun untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
10. Membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan dengan kurikulum
  1. Bertanggungjawab dalam hal kewangan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
  2. Bertanggungjawab dalam kelancaran pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani
  3. Mencadangkan guru untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani
  4. Menyelesaikan masalah pelajar dan guru berhubung dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Menemuramah seorang guru Pendidikan Jasmani dan membincang:

            Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu, saya berpeluang menemu ramah seorang guru Pendidikan Jasmani (PJ) iaitu Encik Rameli Ibrahim dan berbincang tentang pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ. Melalui temuramah, saya berpeluang berbincang tentang masalah- masalah dalam pengajaran dan pembelajaran PJ, cara-cara penyelesaian guru dan cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah-masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ)

Berdasarkan PBS yang telah saya lalui selama seminggu, saya dapat membuat permehatian  dan berbincang dengan guru PJ tentang masalah-masalah yang di alami oleh pelajar, guru dan juga pihak sekolah berhubung dengan mata pelajaran PJ secara umum.  Pelbagai masalah yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran PJ yang dapat saya ketahui melalui temuramah dengan guru tersebut.
Antara masalah-masalah dalam pengajaran dan pembelajaran PJ yang dapat saya perhatikan dan bincangkan  ialah jadual waktu yang tidak tersusun. Hal ini dapat dilihat berdasarkan susunan subjek PJ yang tidak tersusun dengan teratur dimana masa PJ disusun selepas waktu rehat. Hal ini tidak sesuai kerana kelas PJ perlu dijalankan diwaktu pagi dimana murid-murid dapat memakai baju sukan di awal pagi dan ini tidak memerlukan murid menyalin pakaian dan mengambil masa yang lama untuk menyalin pakaian. Ini akan menyebabkan masa tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti PJ.
Masalah semasa pengajaran dan pembelajaran PJ juga ialah waktu yang diperuntukan untuk subjek PJ sangat singkat iaitu 30 minit. Waktu ini tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti PJ. Masalah juga ialah subjek PJ kurang didedahkan dan kurang galakkan oleh guru kerana di sekolah ini, guru khas untuk matapelajaran PJ tiada. Guru-guru yang tiada asas dalam PJ telah ditugaskan untuk mengajarkan subjek ini. Jadi asas-asas untuk mengajar PJ tidak diketahui oleh guru yang tiada asas dalam pengajaran dan pembelajaran PJ. Justeru itu, murid-murid dibiarkan dengan permainan yang mereka suka dengan menggunakan peralatan yang diberikan.
Tambahan pula, masalahnya ialah tiada stor sukan yang disediakan untuk menempatkan peralatan sukan. Kelas telah digunakan sebagai stor sukan untuk sementara. Masalahnya juga ialah peralatan sukan kurang dan sudah lama. Ini menyebabkan murid-murid terpaksa berkongsi dan bergilir-gilir untuk menggunakan alatan sukan. Namun begitu, peralatan yang telah lama akan mengundang bahaya kepada murid apabila mereka menggunakannya. Masalahnya juga ialah tidak ada bilik persalinan yang di sediakan untuk kemudahan murid-murid untuk menyalin pakaian apabila waktu PJ tamat.
Di samping itu juga, masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran PJ ialah murid tidak mendengar arahan dari guru. Antara arahan yang selalu tidak diendahkan oleh murid-murid ialah tidak memakai pakaian sukan, bermain tanpa kawalan guru dan bermain sehingga lupa untuk berhenti semasa pertukaran kelas berlaku. Masalah yang dihadapi juga ialah ada sesetengah murid mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan mereka untuk bermain. Ruang yang terhad untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran PJ juga adalah masalah yang dihadapi oleh guru di sekolah. Guru yang berkursus di luar juga akan memberi masalah kepada pengajaran dan pembelajaran PJ.





Cara-cara penyelesaian guru

            Semasa berbincang dengan guru PJ, saya dapat rumuskan bahawa guru PJ telah menggunakan kaedah yang betul dengan meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun sesuatu masalah wujud. Antara cara penyelesaian bagi masalah jadual yang tidak tersusun, guru PJ tersebut telah menukar waktu dengan guru yang mengajar pada awal pagi iaitu pada masa pertama. Ini dapat memudahkan guru PJ tersebut untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajarn secara teratur dan tersusun.
            Bagi menyelesaikan masalah waktu PJ yang pendek, guru PJ tersebut telah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah supaya PJ dijalankan selama 1 jam pada hari yang sama dan tidak memerlukan waktu PJ dijalankan pada hari yang berlainan iaitu sebelum ini PJ dijalankan 30 minit setiap sesi dan terdapat 2 kali kelas PJ setiap minggu. Hal ini menyukarkan guru malah murid itu sendiri. Apabila PJ dijalankan selama 1 jam terus, ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
            Tambahan lagi, apabila berlaku kekurangan ruang untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran PJ, guru- guru terpaksa bergilir-gilir menggunakan ruang yang telah disediakan apabila berlaku pertindihan jadual waktu dengan kelas lain. Bergilir-gilir menggunakan ruang ini dapat memudahkan proses pengajaran contohnya setiap minggu kelas-kelas akan bergilir-gilir menggunakan padang mengikut jadual yan telah ditentukan.
            Selain itu, cara penyelesaian guru bagi murid yang tidak mendengar arahan ialah memberi amaran secara lisan atau bertulis. Ini dapat mengingatkan murid tentang peraturan apabila proses pengajaran dan pembelajarn PJ berlaku. Lebih-lebih lagi, denda akan dikenakan jika murid-murid melanggar dan tidak mengikut peraturan guru. Penyelesaian yang diambil oleh guru bagi masalah bilik persalinan yang tiada ialah menyuruh murid-murid menyalin pakaian di dalam tandas.
            Di samping itu, cara penyelesaian yang di ambil oleh guru PJ untuk menyelesaikan masalah murid yang mempunyai masalah kesihatan ialah, murid tersebut perlu memerhatikan cara aktiviti yang dilakukan rakan-rakan yang normal apabila mereka bermain. Oleh itu juga, murid yang ada masalah kesihatan hanya belajar berdasarkan buku teks.






Previous Post Next Post