Kelebihan dan Kekurangan Terapi Muzik




6.0 KELEBIHAN
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang.Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi  untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri.Melalui cara ini mereka dapat  melakukan perubahan yang positif  terhadap tingkah laku.Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal.Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu pengunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital  dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi.Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hamper serupa.Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi  dimana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Beberapa bukti kajian menjukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah dimana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan ketegangan otot dan meningkakan daya tahan badan.
 
-->
7.0 KEKURANGAN
Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya dimana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh kaunselor.
Selain itu kekurangan  terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang dimana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan dimana kaunselor perlu menyelidk dan menkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien.
Disamping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya menghilangkan tekanan yang mereka hadapi dimana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien.
Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh terima terapi  muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi dijalankan.
Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang menpunyai tekanan kerja akan mendengar muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila terlalu bergantung kepada muzik.
8.0 CADANGAN
Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang digunakan dalam proses pemulihan dengan menggunakan terapi muzik dimana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien. Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang besar kepada klien dalam proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka hadapi.
            Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang telah dihadapi oleh klien ialah membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dimana ia adalah terapi muzik yang paling berkesan mengurangkan tekanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya yang dialami oleh klien. Disamping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga didedahkan dengan proses mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selalunya kaunselor Islam mempraktikan terapi ini dalam sesi kaunselingnya.
            Selain itu cadangan bagi menambahbaik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan tempat atau ruang yang sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi kaunseling diantara kaunselor dan klien. Tempat bagi melakukan terapi muzik ini mestilah selesa dan tenang dimana ia dapat membantu klien untuk menghilangkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Tempat yang selesa ini menbantu klien menghilangkan kecelaruan, konflik dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa sesi terapi muzik dijalankan, amatlah penting dalam menyediakan segala kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan terapi muzik dilaksanakan.
Bagi menjayakan lagi sesi kaunseling, dicadangkan supaya mengintergrasikan muzik dengan terapi yang lain contohnya integrasikan terapi muzik dan terapi seni. Melalui proses intergrasi terapi ini di dalam sesi kaunseling, proses penyembuhan tekanan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Intergrasi terapi ini sangat penting dilakukan di mana proses pengintergrasian boleh dilakukan dengan teratur dimana terapi ini boleh dilakukan pada hari yang sama atau sebaliknya. Semasa terapi muzik dijalankan, klien akan akan didedahkan supaya menggunakan terapi seni dalam menyalurkan masalah dan tekanan yang mereka ada melalui lukisan, kraftangan dan sebagainya.
Disamping itu juga, antara cadangannya ialah perbanyakkan bengkel-bengkel terapi muzik untuk kesedaran umum dalam pentingnya terapi muzik dalam kehidupan seharian mereka jika mereka mempunyai masalah dan tekanan yang tidak dapat disalurkan melalui altenatif lain selain dari terapi muzik. Melalui bengkel terapi muzik ini, ia akan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa terapi muzik bukan sahaja untuk orang yang bermasalah tapi untuk mereka yang mementingkan kesihatan melalui proses terapi muzik.
Disamping itu juga anatara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor hendaklah memberi  rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi muzik dijalankan. Melalui kaedah ini, ia mampu membuat minda klien berfikir dan menilai sendiri baik buruk masalah yang melanda melalui muzik yang bersesuaian. Selepas sesi terapi muzik selesai, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam memberi bimbingan kepada klien untuk membuat dan memilih jalan yang sesuai sebagai pilihan mereka justeru itu klien dapat menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi.
Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah lagu dimana  melalui aktiviti ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh klien. Apabila klien melakukan aktiviti ini mereka dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi melalui lagu dan sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan masalah dan tekanan yang mereka hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat ketenangan jiwa dan perasaan yang baik.
Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi  muzik secara kumpulan dimana mereka boleh melakukan aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan perasaan mereka. Melalui terapi muzik secara berkumpulan klien dapat berkongsi masalah dan pandangan dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ini akan mempercepatkan lagi klien dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang baik dari ahli kumpulan mereka justera ia dapat menghilangkan tekanan dan masalah.






Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url