Fungsi Specifik Otot, Tulang dan Sendi




4.1 Fungsi Specifik Otot, Tulang dan Sendi

4.1.1 Otot

Otot ialah alat yang menyokong tulang dalam proses menghasilkan gerakan. Otot terbahagi kepada 3 iaitu “cardiac muscle”, “ skeletal muscle” dan “smooth muscle”. Otot memainkan peranan yang penting dalam proses servis “top spin”. Ini kerana kerjasama antara otot, tulang dan sendi akan menghasilkan satu daya tujahan atau pukulan ke depan. Proses ini dilakukan apabila saling tindak balas antara otot dan tulang.
Apabila proses memukul bola dilakukan, otot memainkan peranan yang penting kepada tulang untuk menghasilkan satu gerakan pantas dimana gerakan ini dapat dikawal oleh otak. Sendi juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan tindakbalas untuk pergerakan.
Otot di dalam tubuh badan manuasia adalah sangat penting dalam aktiviti pergerakan dan sebagainya. Tanpa otot, sistem badan manusia tidak akan berfungsi dengan sempurna. Antara fungsi otot utama dalam tubuh badan ialah menghasilkan pergerakan, mengekalkan postur, mengstabilkan sendi dan menghasilkan haba.     

4.1.2 Tulang

Tulang terbentuk hasil dari Kalsium dan fosfurus. Ini adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap. Setiap tulang merupakan organ kepada sistem rangka. Pembentukan tulang adalah dari tisu-tisu yang kuat dan aktif. Selain itu, tulang juga terbentuk dan bertindakbalas mengikut fungsi.
Tulang ialah penyokong tubuh manusia. Di samping itu juga, tulang memberikan memainkan peranan yang penting kepada manusia dalam memberi bentuk dan melindungi struktur di dalam tubuh badan. Tanpa tulang, tubuh manusia tidak dapat menyokong segala aktiviti yang melibatkan keseimbangan badan, pergerakan dan sebagainya.  Pertumbuhan tulang berlaku sejak bayi sampailah susunan tulang yang terbentuk menjadi teratur dan tersusun sehingga manusia mempunyai 206 tulang.
            Tulang terbahagi kepada dua iaitu axial dan appendicular. Axial ialah tulang yang memberi sokongan kepada tubuh badan dan strukturnya. Tulang axial merangkumi tengkorak, vertebra, sternum dan tulang rusuk. Appendicular ialah tulang rangka untuk pergerakan. Tulang ini merangkumi tangan, kaki, pelvis girdles.
            Dalam tubuh badan manusia, terdapat 206 jenis tulang yang memainkan peranan masing-masing dalam pelbagai aktiviti. Antara jenis-jsenis tulang ialah tulang panjang, tulang pendek, tulang tak sekata dan tulang pipit. Antara contoh tulang panjang ialah tangan, peha dan betis. Manakala tulang pendek ialah pergelangan tangan dan kaki. Contoh bagi tulang tak sekata ialah sacrum, vertebra dan koksil. Manakala tulang pipit ialah scapula dan stenum.

4.1.3 Sendi

Sendi ialah pertemuan antara tulang/ rawan dengan tulang. Sendi sangat penting dalam menghubungkan tulang-tulang dan sebaginya. Sendi juga dikenali sebgai tapak pertemuan antara tulang/rawan dengan tulang. Struktur sendi dipengaruhi rapat oleh hubungan pada tiik pertemuan pergerakan. Pergerakan sendi di dalam tubuh manusia ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon.
Secara umum sendi dapat terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah sendi tidak begerak(synarthroses), sendi gerakan tehad(amphiathroses) dan sendi gerakan bebas(diathroses). Secara specific jenis sendi yang terlibat di dalam ialah sendi gelungsur,sendi engsel, sendi paksi, sendi ellipsoid, sendi pelana dan sendi lesung.
Sendi berfungsi sebagai pelincir untuk proses pergerakan. Oleh itu, sendi membenarkan pergi dan balik pergerakan dalam satu satah dan benarkan sebarang pergerakan.





Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url