Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 
Perkataan falsafah berasal dari perkataan Yunani ‘Philos yang bermaksud cinta kepada pengetahuan atau hikmah. Maksud yang lebih jelas tentang falsafah ialah usaha mencari hak dan kebenaran atau usaha untuk mengetahui sesuatu yang wujud atau usaha untuk mengetahui tentang nilai setiap perkara di sekeliling manusia di dalam alam sejagat ini.
Pada zaman Yunani, ahli falsafah terkemuka seperti Socrates, Plato dan Aristotle berusaha cuba memikir, menilai dan menaksir kehidupan dan pengalaman manusia untuk tujuan mencari kebenaran dan nilai hidup yang sempurna. Pada amnya tugas ahli falsafah ialah menilai kehidupan dan pegalaman manusia dan memberi interpretasi dan mencari rumusan untuk mencari kebenaran.
Menurut Syarifah Alwiyah Alsagoff  falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting; falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai; falsafah cenderung mengumpulkan rumusan kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran. Menurut beliau juga falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap satu masalah persoalan serta falsafah ialah satu penyiasatan yang komprehensif dan ligikal mengenai asas-asas pemikiran.
            Matlamat utama pendidikan ialah menyediakan seseorang  individu yang memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga pendidikan menjadi satu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Sekarang ini, pendidikan adalah penting untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan.
            Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi Negara merupakan faktor yang penting untuk menentukan matlamat Pendidikan Negara. Matlamat pendidikan ini akan terus menjadi lebih jelas, mantap dan bermakna apabila unsur-unsur pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi Negara dijelmakan sebagai pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
            Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan sejak merdeka dalam tahun 1980an. Berdasarkan kepada laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran(1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1983. Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula diperkenalkan pada tahun 1989.
            Rancangan KBSR menekankan penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, mengira dan menbaca) dan perkembangan individu secara menyeluruh meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sosial.
Antara matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan yang harmonis dan seimbang supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Antara ciri-ciri penghayatan rakyat Malaysia ialah percaya dan patuh kepada tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia; bertanggunjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara; memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat.
Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya kerana melahirkan rakyat yang bertanggunjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai warganegara; menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya boleh melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna; melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi perlembangaan dan melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cintakan Negara.
Selain itu ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan toleransi demi mewujudkan perpaduan serta mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi, sosial dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemmudahan asas pendidikan.





أحدث أقدم