Faktor Pembentukan Falsafah Pendidikan



Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara..
            Antara faktor-faktor pembentukkan FPK ialah faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara, faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya, faktor politik yang menentukan ideologi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan, disamping itu faktornya ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara.
Antara faktornya juga ialah faktor individu yang berkaitan dengan keperluan asas seperti keselamatan, pekembangan potensi dan penyempurnaan diri. Faktor yang terakhir ialah faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan kearah mendapat persefahaman antarabangsa.
            Agama Islam ialah agama rasmi Malaysia, disamping itu agama Kristian, Buddha, Hindu dan sebaliknya bebas dianuti mengikut undang-undang. Agama-agama ini khasnya agama Islam merupakan faktor yang penting sebagai pertimbangan asas proses pengubalan falsafah.
            Didalam faktor sosial, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap berkerjasama dan hormat menghormati antara kaum bagi membentuk perpaduan. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam FPK.
            Didalam usaha membentuk ideologi negara pengaruh politik memainkan peranan yang penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Antara faktor ekonomi pula ialah rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan bertanggungjawab.
            Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan, ia meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial  (JERIS). Pekembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan ini perlu mangamalkan sikap bersyukur dan bersedia menghadapi cabaran dengan tenang.
            Faktor sejagat memainkan peranan yang penting dalam pengubalan FPK. Ia tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya kepada FPK.
            Perkembangan, kemajuan dan pembangunan Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak dulu pernah memainkan peranan di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keadilan, keamanan dan kesejahteraan.




Previous Post Next Post