Cara Daftar PADU (Sistem Pangkalan Data Utama)

Pangkalan Data Utama (PADU)


PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU

Objektif PADU

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Matlamat PADU

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  • Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Cara Daftar PADU

cara daftar padu






Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url