Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam Pahang

jawatan kosong muip

Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD  dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengalu-alukan Warganegara Malaysia (keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. 

Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan yang baik dalam Pengetahuan Agama Islam. Jawatan-jawatan yang ditawarkan disenaraikan di bawah:

  • JURUAUDIT (W41) - KONTRAK
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (N19) - TETAP/KONTRAK
  • PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN (N19) - KONTRAK
  • PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (S19) - TETAP
  • PEMANDU KENDERAAN (H11) - KONTRAK
Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Borang Permohonan yang boleh didapati melalui Laman Web MUIP dipautan  (http://www.muip.gov.my/

Semua permohonan hendaklah menyertakan SALINAN SIJIL YANG DISAHKAN mengikut  kelayakan yang disyaratkan. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah  mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan Laporan  Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,

KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS),

26600 PEKAN,

PAHANG DARUL MAKMUR.


 
Untuk maklumat tentang syarat jawatan, iklan jawatan dan borang permohonan bolehlah klik di bawah

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah  21 April 2023 

Sumber: MUIP

أحدث أقدم