Peanut Butter dan La Tansaa KitKem! Sedap!

peanut butter


Pada minggu lepas admin ter-order Peanut Butter dan La Tansaa dari seorang kenalan semasa zaman sekolah dahulu. Wah, tak sangka member admin dah jadi seorang bussinesman.

Nampak status facebook kawan admin tentang Peanut Butter dan La Tansaa macam sedap. Packaging produk yang diiklankan pun menarik. Jadi, admin cuba lah order Peanut Butter dan La Tansaa untuk merasa sendiri.

Peanut Butter dan La Tansaa yang diorder dah sampai pada hari sabtu yang lepas. Penghantaran sangat pantas walaupun admin berada jauh dari bandar. 

Hari ini, baru sempat admin merasa Peanut Butter dan La Tansaa yang diorder. Tak sempat nak makan sebab sedikit sibuk. Selepas admin makan, ini adalah review ikhlas dari admin. Teruskan membaca...

Peanut Butter oleh KitKem

Mentega kacang atau peanut butter memang sinonim dalam diet di kalangan kita terutamanya dalam diet kanak-kanak. Mentega kacang menjadi kegemaran semua peringkat umur tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Admin juga tidak terkecuali.

Peanut Butter sedap dimakan bersama roti yang dibakar atau roti yang tidak dibakar. Peanut butter sedap dijadikan sapuan pada roti atau sebagai bahan  tambahan yang sempurna kepada banyak hidangan atau snek kerana ia penuh dengan protein.

Sebelum ni admin sudah terbiasa dengan beberapa jenama peanut butter. Semua produk peanut butter kebanyakkan rasanya sama cuma yang berbeza adalah dari segi tekstur dan khasiat.

Baca juga Mee Celup Sue Dah. Sedap!!

Bagi admin, apabila mencuba peanut butter dari KitKem, admin rasanya ianya sangat sedap kerana tekstur peanut butter sangat halus dan senang untuk disapu pada roti. Sesuai dijadikan sapuan pada roti atau snek. 

Kalau tidak silap admin, KitKem telah keluarkan 2 jenis peanut butter iaitu Smooth dan Chunky. Admin lebih sukakan yang smooth sebab itu admin order yang smooth.  

Secara jujur, admin boleh masukkan peanut butter keluaran KitKem dalam list diet harian admin kerana produk ini menepati citarasa admin. Apa yang pasti,  admin pasti peanut butter yang dihasilkan ini adalah dari bahan yang asli yang terbaik  dan gred kacang tanah tertinggi untuk menghasilkan mentega kacang rasa berkualiti tinggi. 

Admin dapat rasakan aroma kacang dan ia pasti memenuhi keinginan pencinta mentega kacang dalam semua segi seperti admin. Ia juga merupakan makanan yang sihat dan bebas kolesterol. 

Di bawah adalah penilaian admin tentang Peanut Butter keluaran KitKem

Harga - ★★★★★  Kualiti ★★★★  Rasa ★★★★★ Packaging ★★★★★ Delivery ★★★★★


La Tansaa oleh KitKem

Seterusnya, admin nak review La Tansaa pula. La Tansaa yang admin pilih ialah jenis ikan bilis. Terdapat 2 jenis La Tansaa yang dikeluarkan oleh KitKem iaitu La Tansaa Mackerel dan La Tansa Anchovies. Admin memilih la tansaa anchovies kerana ini makanan kegemaran admin.

Selepas admin mencuba la tansaaa anchovies, admin boleh simpulkan ianya sangat sedap dan menepati citarasa admin. Bagi yang sukakan kepedasan, produk la tansaa ni mungkin boleh dijadikan pilihan korang. Mungkin KitKem boleh keluarkan variasi la tansaa yang kurang pedas pada masa hadapan untuk yang tidak suka pedas.

La tansaa anchovies sangat sesuai dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan roti sebagai sandwich. Sangat sedap. Ini penilaian admin tentang La Tansaa

Harga - ★★★★  Kualiti ★★★★  Rasa ★★★★ Packaging ★★★★ Delivery ★★★★★


la tansaa


Bukan sekadar produk, ia tentang kehidupan

Admin suka dengan moto "bukan sekadar produk, ia tentang kehidupan" bagi jenama KitKem kerana ia mengambarkan kesungguhan dan komitmen mereka dalam menghasilkan produk seakan-akan masakan air tangan ibu.

Siapa tak rindu masakan air tangan ibu kan? Terutamanya bagi mereka yang berjauhan dengan ibu. So, dengan adanya produk keluaran dari KitKem ini yang seakan masakan ibu, sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduaan apabila memakan La Tansaa.

Kalau korang nak order peanut butter atau la tansaa keluaran KitKem ni bolehlah usha-usha facebook owner KitKem ya. Infonya admin letak di bawah

Facebook Admin KitKem - Mohamed Hafizi Mohamed


أحدث أقدم