Cara Buat Duit Dengan Affiliate Klikjer

 

klikjer

Sekarang ramai yang memilih untuk menjadi youtuber sebagai medium menjana pendapatan sampingan. 

Kalau nak menjana duit dengan cara membuat channel youtube boleh asalkan kita pandai mencari niche yang boleh menarik penonton untuk subs dan view supaya penghasilan wang berlipat kali ganda..Nampak usaha yang dilakukan mudah tetapi kena ada kesabaran dan istiqamah..

Sebelum channel youtube dibenarkan untuk menjana pendapatan, sudah tentu kita perlu melepasi terma dan syarat yang ditetapkan oleh youtube iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 subscriber dan 4000 view hour. 

Sebagai pemulaan untuk buat duit sebelum kita menjana duit menggunakan channel youtube, apa salahnya kita cuba join program affiliate. Banyak platform affiliate yang boleh kita join contohnya klikjer, shopee, lazada dan sebagainya. 

Apa itu affiliate program?


Affiliate merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen) mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang.

Affiliate Klikjer


Klikjer adalah satu platform jualan ebook (buku digital) yang berinfomasi. Antara contoh ebook yang mendapat sambutan ramai di Klikjer ialah panduan Bisnes Shopee, Bisne Makanan Delivery, Bisnes Tudung, Tips Lulus Temuduga Kerajaan, Perngenalan Saham dan banyak lagi. 

Apabila kita join sebagai affiliate di Klikjer, kita boleh membuat saranan atau promosi produk ebook kepada orang ramai untuk membeli ebook di platform Klikjer. Setiap jualan yang kita buat, kita akan peroleh komisyen yang ditetapkan.

Di samping itu juga, kita boleh membuat promosi ebook melalui pelbagai platform seperti facebook, blog, telegram dan sebagainya. Segala bahan promosi seperti write-up, banner dan link semua disediakan. Apa yang menariknya, pendaftaran untuk menjadi agen affiliate adalah PERCUMA. 

Daftar Affiliate Klikjer


Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang affiliate, bolehlah mendaftar secara percuma di link di bawah.


أحدث أقدم