Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Secara Interim


Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah-Sekolah Menengah KPM Ambilan 2019. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).Calon-calon hendaklah:

Calon-calon hendaklah:

2.1. Warganegara Malaysia;
2.2. Sihat tubuh badan;
2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019;
2.4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

2.4.1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50 atau yang setara dengannya;

2.4.2. Bagi Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia;

2.4.3. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para 2.4.2.;

2.4.4. Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda dari IPTS tempatan dan instituti luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

 i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan

2.4.5. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan secara atas talian boleh dilakukan di URL http://apps-ach.net/myINTERIM

Permohonan dibuka mulai 11 Mac 2019 (jam 1.00 tengah hari) sehingga 17 Mac 2019.

Muat Turun

  1. Iklan Pengambilan Guru Dini 
  2. Guru Tahfiz dan Proses Kerja Pengambilan.
Sumber: KPM
أحدث أقدم