Template myPortfolio Guru Besar Dan Pengetua


myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
  1. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  2. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  3. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  4. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.



My portfolio ini dengan kata lainnya ialah gantian kepada manual prosedur kerja dan fail meja. Hanya isi templat yang disediakan dan tukar carta organisasi kepada carta organisasi milik sekolah kita.

Dikongsikan bahan-bahan mayPortfolio untuk guru besar dan pengetua

GURU BESAR

  1. myPortfolio Guru Besar
  2. Kulit myportfolio guru besar
  3. Kandungan myportfolio guru besar


PENGETUA

  1. myPortfolio Pengetua
  2. Kulit myportfolio Pengetua
  3. Kandungan myportfolio Pengetua


أحدث أقدم