Sekilas Pandang Selepas Gempa Bumi Dan Tsunami Di Palu
Admin
Beberapa hari lepas negara jiran kita Indonesia baru sahaja mengalami gempa bumi dan tsunami dengan mengorbankan banyak nyawa. Tsunami yang telah melanda Palu menyebabkan pelbagai kerosakkan yang besar. Pemandangan yang aneh selepas gempa bumi dan tsunami apabila rakyat mereka cuba mengosongkan premis perniagaan yang rosak dan mengambil pelbagai barangan.
Ramai yang mengambil kesempatan dengan mengambil barang-barang di pusat membeli belah dan kedai-kedai yang rosak tanpa kebenaran pemiliknya. Pelbagai barangan seperti bahan ganti motosikal, tayar dan barangan elektronik yang lain. Walaupun musibah melanda mereka, ada juga yang masih mengambil kesempatan tanpa kebenaran pemiliknya.
Lebih membahayakan, ada gambar menunjukkan orang ramai di Palu mengeluarkan petrol dari trak bahan api besar yang sedang bergerak di jalan raya. Mereka seakan-akan tidak kisah dengan pengambilan barangan tersebut.
Gambar oleh: https://www.scmp.com