Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Permohonan Kediaman PR1MA Di Kubang Kerian Telah Dibuka

Admin

Untuk makluman, permohonan bagi kediaman PR1MA @ Kubang Kerian, Kota Bharu (Kelantan) telah dibuka untuk PERMOHONAN.

Permohonan Klik Sini

Bagi anda yang telah melengkapkan pendaftaran, sila klik ‘Projek Yang Telah Dibuka Untuk Permohonan’ dan pilih ‘Developments by PR1MA’ melalui akaun pendaftaran anda untuk membuat permohonan.

Manakala bagi anda yang belum melengkapkan pendaftaran, lengkapkan pendaftaran mudah PR1MA dengan segera agar anda tidak terlepas peluang untuk memiliki kediaman PR1MA @ Kubang Kerian.

NOTIS PENTING, Pembelian kediaman PR1MA @ Kubang Kerian hanya dibuka kepada pembeli/pembeli bersama yang mematuhi Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-
  1. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu
  2. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam
  3. Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan
  4. Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan
  5. Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.
  6. Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan

Kini anda juga boleh Muat turun aplikasi PR1MA di Playstore untuk Android dan AppStore untuk iPhone secara percuma melalui telefon pintar atau tablet anda untuk melengkapkan pendaftaran dan seterusnya membuat permohonan kediaman PR1MA dengan lebih mudah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami ditalian 03-76289898 (Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 6.00 petang) atau emelkan kepada info@pr1ma.my.

إرسال تعليق

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.