Malaysia Bebas Jangkitan HIV Dari Ibu Ke Anak


Malaysia, merupakan negara PERTAMA di rantau ini yang di isytihar BEBAS dari jangkitan HIV dari ibu ke bayi. Komitmen berterusan yang telah dilakukan lebih 2 dekad ini mendahului negara maju lain seperti Australia, Singapura, Jepun, Korea dan New Zealand!

Pengiktirafan yang telah diberikan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) ini sangat membanggakan dan menunjukkan sistem kesihatan kita berada di landasan yang tepat dalam menjayakan misi “Kesihatan Untuk Semua”.

Usaha yang telah dilakukan bertahun-tahun ini memerlukan komitmen tinggi daripada kerajaan dan pelbagai agensi lain samada kerajaan ataupun swasta dengan memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada semua ibu-ibu mengandung secara percuma.

Perkhidmatan PERCUMA yang di sediakan untuk wanita hamil di Malaysia adalah:

1) Saringan HIV dan sifilis
2) rawatan HIV dan sifilis kepada ibu dan anak.

Dengan langkah tersebut, ianya mampu mengelakan penularan virus HIV dari ibu positif HIV kepada anak kerana rawatan awal telah diberikan dan perancangan aktiviti pencegahan boleh dilakukan dengan lebih baik.

Ini merupakan contoh keunikan intervensi Kesihatan Awam. Setiap usaha dan polisi yang dilakukan kini, hanya boleh dituai beberapa tahun akan datang.

Ia bukan sesuatu yang pantas dan segera tetapi hasil yang dilihat beberapa tahun kemudian memberikan impak besar dalam melindungi masyarakat.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjadikan Malaysia negara yang berjaya menghapuskan transmisi HIV daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi.

Terima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberi kerjasama untuk memastikan semua wanita hamil mendapat pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan.


Tahniah sekali lagi!

Sumber: Admin Public Health Malaysia

أحدث أقدم