Tutorial Penilaian Formatif Menggunakan Plickers


Penggunaan dan penerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat digalakkan terutama bagi sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan LCD, laptop dan internet. Bagi guru-guru yang mengikut bengkel STEM yang diadakan oleh KPM baru-baru ini, mereka berpeluang belajar pelbagai aplikasi online secara percuma yang sesuai digunakan di dalam kelas.

Hari ni saya nak kongsi aplikasi yang saya gunakan apabila ada pemantauan. Aplikasi ini adalah backup plan saya jika ada pemantauan dari pihak PPD, JPN atau KPM. Aplikasi pembelajaran ini, sering kali digunakan oleh guru  untuk membuat penilaian formatif berkaitan isi kandungan pembelajaran selepas kelas. Aplikasi ini amat mudah digunakan.

Aplikasi yang saya nak kongsi pada hari ini ialah PLICKERS. Plickers ialah aplikasi kuiz online di mana guru-guru menyediakan soalan kuiz yang ingin disoal kepada pelajar. Pelajar akan memberi jawapan secara langsung selepas sesi pembelajaran dengan menggunakan Plickers Kad. Kita hanya scan jawapan pelajar menggunakan telefon dan secara automatik jawapan pelajar akan terpapar di screen laptop/LCD. Jawapan pelajar sama ada betul atau salah akan dipaparkan dan kita boleh menilai sejauh mana pelajar tersebut faham tentang isi pengajaran kita.

Cara nak menggunakan plikers ialah

1. Log in https://www.plickers.com

2. Add kelas dan nama murid-murid

3. Print kad plickers mengikut susunan murid

4. Bina soalan kuiz


5. Download aplikasi Plickers di apps store dan install di telefon
6. Untuk menggunakannya, tekan LIVE VIEW


7. Buka aplikasi plickers di telefon, pilih kelas, pilih soalan dan seterusnya tekan icon kamera di aplikasi plickers

8. Soalan akan terpapar di laptop dan seterusnya murid menjawab soalan menggunakan kad plickers.


9. Scan jawapan murid dan jawapan sama ada betul atau salah akan terpapar di laptop/LCD

10. Teruskan dengan soalan-soalan lain

Selamat mencuba


Tutorial By
Huzaini Ismail
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url