Keputusan STPM 2017 Terbaik Dalam Sejarah Kelantan


Hari ni (6 Mac 2018) keputusan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) 2017 di umumkan dengan Kelantan termasuk dalam ranking top 10 menjadi sekolah yang terbaik seluruh Malaysia.  Berita gembira buat pelajar-pelajar yang berjaya dalam STPM. Tahniah kepada pelajar-pelajar semua.

*STPM 2017 terbaik dalam sejarah Kelantan*

Zaain Zin
06 Mac 2018 1:17 PM

KOTA BHARU 6 Mac - Sebanyak 41 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di negeri ini memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dengan 31 daripada mereka memperoleh A bagi semua mata pelajaran.

Sementara itu, pencapaian PNGK bagi sekolah kerajaan di negeri ini ialah 2.93, berbanding di peringkat nasional 2.76, iaitu mengatasi sebanyak 0.17 mata.

Pengarah Pendidikan negeri, Muhamad Zahari Othman berkata, pencapaian PNGK itu amat membanggakan seluruh warga pendidik Kelantan kerana merupakan yang terbaik dalam tempoh tujuh tahun ini.

“Pada tahun ini, Kelantan mempunyai 5 wakil pelajar terbaik peringkat nasional berbanding dua sahaja pada tahun lalu.

“Tiga sekolah dalam jajahan Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, SMK Kangkong dan SMK Sultan Ibrahim 2 dipilih sekolah terbaik peringkat nasional,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/mobile/pendidikan/stpm-2017-terbaik-dalam-sejarah-kelantan-1.621840

.
أحدث أقدم