Tips Cuci Bilik Air Dengan Kos Murah


Kebersihan adalah sangat penting dan kita dituntut untuk menjaga kebersihan. Kebersihan perlulah menjadi amalan kita seharian. Kebersihan tandas juga adalah penting bagi mengelakkan kuman dan bakteria tersebar.

Ramai pengguna menghabiskan wang yang banyak untuk membeli pencuci tandas seperti yang diiklankan. Namun hasilnya tidak lah seberapa. Sebenarnya ramai yang tidak tahu, bahawa permukaan jubin, mozek dan mangkuk tandas boleh dibersihkan dengan menggunakan kos yang rendah sahaja sekitar RM1 sahaja. Tak percaya? Cubalah tips ini nanti.

Bagi membersihkan permukaan lantai bilik air atau mangkuk tandas, kita boleh menggunakan CUKA yang berharga RM1 sahaja sebotol. Caranya ialah sembur kan cuka di sekitar lantai atau mangkuk tandas dan biarkan selama 5 hingga 10 minit untuk proses tindak balas cuka terhadap permukaan lantai atau mangkuk tandas.



Selepas 5 - 10 minit, sental permukaan lantai tersebut. Segala kekotoran akan hilang dengan cepat dan tidak perlu menyental dengan kuat. Jimat tenaga dan duit kita. Jika ada yang tak tahan dengan bau cuka, bolehlah perah lemon ke dalam cuka tersebut sebelum disembur ke permukaan lantai. Sifat keasidan pada cuka ini juga membantu mambasmi kuman dengan baik.

Jangan lupa untuk mencuba tips ini..

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url