Tidak Lama Lagi Kita Dah Nak Pergi Dah


Tidak lama lagi kita nak pergi dah... Pesan pada anak-anak kita...

1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; seelok-eloknya nya kain selimut/cadar putih. Boleh beli d kedai uniform sekolah..

2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar..

Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering..

4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah..

5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat..

6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir..

7. Tutup rambut dengan selendang..

8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat..

9. Letakkn pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit..

10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah..

11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis &   hospital..

12. Dimandikan..

13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 org jemaah org alim..

14. Kebumikan jenazah


Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka.

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

Sharing is Caring

Pesan pada anak-anak ketika makan bersama atau semasa berkumpul beramai-ramai agar ana- anak tahu fardhu kifayah.

Sumber: facebook
أحدث أقدم