5 Ciri-Ciri Logo Halal Malaysia


Hari ni #kickstory ingin berkongsi berkaitan dengan ciri-ciri logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Mungkin logo yang kita lihat sedikit berbeza. Ada juga logo halal dari pihak swasta yang tidak boleh digunakan.

Isu berkaitan logo halal ini sudah lama diketengahkan oleh pelbagai pihak, namun banyak yang saya lihat penggunaan logo halal selain daripada yang dikeluarkan oleh JAKIM semakin bertambah terutamanya di premis-premis perniagaan dan pada bungkusan makanan.

Sebagai pengguna yang beragama islam, kita mestilah menitikberatkan penggunaan logo halal yang yang telah dikeluarkan oleh badan berwajib iaitu JAKIM sebagainya.

Logo HALAL Malaysia

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN.

Ciri-ciri Logo Halal :

1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan

2. Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang.

3. Diikuti tulisan rumi “HALAL”

4. Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab

5. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Logo Halal yang tidak dibenarkan


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url