Malunya Kita Yang Cukup Sifat Ini


Sedih melihat sebuah video tentang seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) yang bersusah payah belajar demi mendapat kecemerlangan berbanding insan yang mempunyai cukup sifat fizikal dan mental. Bagi pelajar tersebut, Faiz Bin Ibrahim kecacatan bukan penghalang bagi beliau untuk berjaya dengan mendapat 10 Mumtaz (Excellence) dalam peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) 2016. Tahniah adik Faiz Ibrahim. Semoga menjadi anak yang berjaya kepada keluarga, agama dan negara.  

Bagi pelajar yang mempunyai fizikal yang lengkap yang tidak mempunyai cacat cela sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih baik dalam pelajaran namum pada hari ini kita lihat sebaliknya. Pelajar lebih banyak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Cuba tanya diri sendiri, jika kita berada di tempat adik Faiz Ibrahim, adakah kita mampu melakukan sedemikian? Tepuk dada tanya lah minda. 

Wahai pelajarku, saksikan lah video dan ambillah iktibar dan pelajaran...Malunya kita dengan adik Faiz Ibrahim jika kita tidak berusaha untuk berjaya.


Sumber: Facebook seperti yang dikongsi oleh Li Yani



Saya berasa malu mendengar kisah adik Faiz bin Ibrahim, pelajar cemerlang yang mendapat 10 Mumtaz dalam peperiksaan STAM 2016. Beliau walau tidak sempurna seperti orang lain amat menjaga hubungan dengan Allah dengan selalu bersyukur padaNya.
Beliau mempunyai idola yang mana idolanya ialah sesorang yang lebih teruk kecacatan dibandingkan dengan dirinya. Beliau termotivasi dengan nasihat dan kata2 ayahnya supaya beliau belajar dengan bersungguh2 kerana beliau tidak sempurna seperti orang lain. Tanpa ilmu beliau akan dianggap sebagai sampah dalam masyarakat. Dengan motivasi tersebut, beliau berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik seperti manusia sempurna yang lain.
Beliau dari darjah 1 hingga 3 mendapat tempat terakhir di dalam kelas..darjah 4 hanya lulus 2 subjek. Darjah 5 beliau berjaya mendapat 2A...dan atas usaha yang tak pernah jemu dan tawakkal yang hebat beliau berjaya memperoleh 4A 1B dalam UPSR.
Betapa kuatnya semangat untuk berjaya dan menjadi orang yang bermanfaat dalam masyarakat.
Beliau menulis jawapan exam STAM sehingga menitik darah di dagunya.😭😭😭😭.
Adik faiz menulis menggunakan dua jari yg ditolak dgn dagu beliau...Allahu...betapa hebatnya semangat beliau dan kuatnya iman adik Faiz.
In sha Allah..adik Faiz akan menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah bawah tajaan kerajaan Arab Saudi
Kecacatan adik Faiz tidak menghalang dirinya untuk berjaya walaupun 95% urusan harian diuruskan oleh ibunya. MashaAllah..anak yang hebat dan ibubapanya juga hebat.
Disebabkan oleh cerebral palsy...adik Faiz hanya buleh menggerakkan kepala dan boleh mengangkat tangannya sedikit sahaja tanpa boleh menggerakkan jarinya.
Video ini menunjukkan adik Faiz sedang membuat demo cara menulis...menggunakan 2 jari tgn kiri dan ditolak dgn dagu...hasilnya dia menulis satu doa mohon keampunan drpd Allah utk dirinya...Allahurobbi....😭😭😭😭😭
Beliau sgt menjaga hubungan dgn Allah...dengan sentiasa bersyukur 😭😭
Bagaimana dengan kita? Kongsikan kisah adik Faiz dengan anak2 kita supaya mereka termotivasi untuk berusaha bersungguh2.

Lagi Berita 
https://www.nst.com.my/news/2017/01/205647/face-disability-faiz-scores-perfect-10-stam
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url