Pertandingan Idea Kreatif dan Inovatif



Untuk makluman YBrs. Tuan/Puan, di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui inisiatif National Blue Ocean Competition (NBOSC) bagi kategori Perkhidmatan Awam.NBOSC telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 3 April 2016 di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) sempena dengan Pelancaran Program Gabungan Rakan Entreprenuer Aspirasi Terhebat (GREAT). Inisiatif NBOSC ini  mensasarkan penyertaan seluruh penjawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). NBOSC kategori Perkhidmatan Awam juga membuka penyertaan kepada warga Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas termasuk pelajar-pelajar peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

i.                    Puan Salmiza Shahriman | [email protected]  | 03-8885 3842; atau
ii.                  Cik Joana Ajadap |[email protected]  | 03-8885 3849

Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pihak YBrs. Tuan/Puan dalam menjayakan pertandingan NBOSC ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Source: KPM
أحدث أقدم