Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)



Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana ( Lampiran A1 )

B) Peringkat PhD (Lampiran A2)

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan Program Penajaan, Bahagian Biasiswa, KPM, https://biasiswa.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan akan dibuka mulai 16 – 31 Mac 2015. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga.

SYARAT-SYARAT & KELAYAKAN

A. SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

B. SYARAT KHUSUS

. Berumur tidak lebih daripada 46 tahun bagi PhD dan 50 tahun bagi Sarjana pada 31 Disember 2015;

ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

iii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai lantikan tahun 2011 dan ke atas tidak layak memohon;

iv. Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun genap perkhidmatan (penilaian setahun LNPT genap 12 bulan) berturut-turut (2011, 2012, & 2013 atau 2012, 2013 & 2014);

v. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.5);

vi. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;

vii. Telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian secara separuh masa / sambilan di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional;

viii.Telah mendaftar untuk Semester 2, sesi akademik 2014/2015 atau sebelumnya;

ix. Mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya tiga(3) semester pada pada September 2015;

x. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;

xi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain;

xii. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan; dan

xiii.Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan Program Penajaan, Bahagian Biasiswa, KPM, https://biasiswa.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan. Permohonan akan mula dibuka pada 16 – 31 Mac 2015. Senarai salinan dokumen sokongan yang diperlukan ialah seperti berikut :

BIL DOKUMEN

1 Gambar berukuran pasport JPEG 280kb

2 Rancangan penyelidikan (proposal) / jadual kursus yang PDF 1.0mb disahkan *Ketua Jabatan / penyelia (Lampiran A)

3 Transkrip Ijazah Pertama / Sarjana ATAU kedua-duanya PDF 300kb

4 Lampiran Senarai Tugas PDF 320kb

5 Borang Perakuan Ketua Jabatan PDF 400kb

6 Surat Tawaran Universiti PDF 300kb

Sumber: https://biasiswa.moe.gov.my/hlp/
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url