Isu dan Cabaran Pendidikan


5.0       Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dalam arus perdana masa kini,perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah member banyak kesan atau impak dalam kehidupan seharian manusia.Teknologi maklumat dan komunikasi telah melalui transformasi yang sangat pantas dan menakjubkan dimana pengaruhnya dapat kita lihat.Manusia bergantung kepada TMK dalam semua bidang contohnya perubatan, penyiaran, pengangkutan dan sebagainya.Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada pengaruh TMK.
Apakah yang dimaksudkan dengan TMK?Teknologi membawa maksud suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya. Maklumat pula adalah kumpulan data-data yang tersusun dan komunikasi pula membawa maksud proses saling menghantar dan menerima maklumat. TMK adalah satu cara dimana manusia dapat berinteraksi dengan sumber dan data dengan menggunakan alatan tertentu untuk menyelesaikan masalah.TMK memberi impak yang besar dalam pendidikan masa kini. Perkembangan TMK telah memberi kesan kepada guru dan juga murid.
Guru dapat mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dengan cara yang mudah dan pantas.Guru bukan sahaja dapat mengakses sumber-sumber yang bersifat tempatan,malah guru dapat mengakses sumber-sumber dari luar negara contohnya guru dapat berkongsi nota,latihan dan juga merujuk aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik melalui perkongsian pintar video dan audio.Selain itu, guru juga dapat berbincang dalam forum di internet dimana mereka dapat berkongsi masalah dan cara penyelesaian melalui perbincangan.
Dengan adanya kemudahan ini,TMK dilihat  digunakan sebagai medium dalam proses pendidikan untuk guru menyebarkan maklumat kepada pelajar dalam bentuk yang lebih menarik.Contohnya murid dapat melalui sendiri keadaan atau fenomena gerhana bulan atau gerhana matahari secara simulasi maya.
Murid atau pelajar juga mendapat kelebihan dengan perkembangan TMK.Contohnya murid dapat mencari maklumat dengan pantas dan menjimatkan masa.Murid dapat mengakses nota dan latihan lanjutan melalui internet.Selain itu,murid juga dapat berkongsi maklumat sesama mereka dan guru.Kemudahan komuniukasi ini membolehkan berhubung dan berbincang dengan guru diluar waktu persekolahan dan juga ketika cuti.Murid dapat belajar terus walaupun berada dirumah tanpa batasan waktu.Kemudahan komunikasi ini membolehkan guru dan murid sentiasa berhubung serta pembelajaran secara berterusan.
            Contoh isu dan cabaran dalam pengaruh perkembangan TMK adalah jurang digital antara murid luar bandar dan murid di kawasan bandar. Murid di kawasan bandar mempunyai kemudahan yang lengkap dan akses kepada bahan-bahan TMK sangat mudah memandagkan mereka mendapat pendedahan yang meluas.Berbanding dengan murid di kawasan luar bandar, mereka tidak menerima kemudahan TMK dan pendedahan yang setara.Dasar pendidikan di Malaysia adalah memberi pendidikan yang sama rata tanpa mengira sebarang perbezaan.Jurang digital antara murid bandar dan luar bandar adalah satu ketidakadilan dalam pendidikan.Jurang digital menunjukkan berlakunya ketidakadilan terhadap murid di kawasan luar bandar.
Jurang digital ini menyebabkan murid di kawasan luar bandar ketinggalan jauh dibelakang berbeza dengan murid di kawasan luar bandar.Perkara ini harus diberi penekanan serius apabila kita dapat lihat akan impaknya.Setiap kali peperiksaan peringkat nasional seperti UPSR,PMR dan SPM pelajar di kawasan bandar menunjukkan peningkatan prestasi yang mendadak dari setahun ke setahun.Namun hal sebaliknya berlaku kepada murid di kawasan luar bandar.Peratusan murid yang gagal kebanyakkannya dari golongan mereka.
Seharusnya murid di kawasan luar bandar tidak ditinggalkan dalam kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang dengan pesat.Langkah-langkah untuk merapatkan jurang digital ini harus diberikan perhatian yang mendalam dan serius.Masalah jurang digital ini harus diselesaikan dengan kadar yang segera.Semua pihak mestilah menghulurkan tangan dalam memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan juga bentuk buah fikiran.Kesemua pihak sama ada kerajaan,ibu bapa,murid dan juga masyarakat harus menggembleng tenaga untuk memastikan jurang digital dapat dirapatkan.



6.0       Gejala Sosial
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Gejala sosial pula boleh didefinisikan sebagai unsur-unsur negatif atau elemen-elemen yang merosakkan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Masalah sosial ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak, moral dan etika.
Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini,banyak perubahan telah berlaku dalam ekonomi,politik pendidikan dan tidak terkecuali juga sosial .Globalisasi dan proses modenisasi telah membawa arus pemodenan dan memberi kesan yang besar terhadap masyarakat.Guru juga tidak terlepas daripada tempias masalah sosial ini.Hal ini disebabkan gejala sosial yang telah menular kepada pelajar-pelajar atau murid-murid disekolah.Pelajar dilihat antara golongan yang terdedah dengan pelbagai masalah sosial.
Masalah gejala sosial telah menjadi satu cabaran yang sangat besar kepada guru pada masa kini.Gejala sosial ini berkaitan dengan salah laku pelajar.Akhbar tempatan kini banyak memaparkan tentang salah laku pelajar sekolah antaranya bergaduh,vandalisma,membakar sekolah,mencabul,merompak,merokok,minum arak, merogol,pemabitan dalam video lucah dan yang lebih serius adalah anak luar nikah serta kes pembuangan bayi.Gejala sosial ini menunjukkan keruntuhan akhlak dikalangan pelajar di sekolah.Perkara ini menimbulkan masalah kepada guru.Gejala sosial merupakan cabaran semasa yang paling sukar untuk guru pada masa kini.
Contoh isu dan cabaran gejala sosial adalah kes rogol dikalangan pelajar.Saban hari terpampang didada akhbar mengenai kes rogol yang dilakukan oleh pelajar sekolah.Rogol merupakan masalah yang serius dimana pelajar yang melakukan kesalahan rogol akan didakwa melakukan jenayah.Pelajar yang bersalah akan kehilangan kehidupan remajanya yang merupakan masa kemuncak untuk menuntut ilmu dan belajar tentang kehidupan.Pelajar ini tidak akan berkembang secara normal dan tidak dapat menyumbang kepada negara.
Bagi mangsa rogol pula, mereka akan menghadapi tekanan emosi akibat daripada kejadian hitam yang menimpa mereka.Tekanan emosi berlaku disebabkan mereka berasa malu dan maruah diri mereka tercalar.Pelajar yang dirogol merasakan diri mereka disisih masyarakat dan membuatkan mereka kehilangan motivasi dan keyakinan diri.Mereka tidak lagi mahu ke sekolah untuk berdepan dengan rakan-rakan dan guru-guru.
Masalah rogol ini juga akan menyumbang kepada peningkatan bayi luar nikah dan juga pembuangan bayi.Faktor utama kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa ini adalah akibat daripada  modenisasi dan globalisasi teknologi maklumat dankomunikasi.Perkembangan globalisasi TMK yang tidak dikawal menyebabkan pelajar mudah terdedah kepada gejala negatif ini.Pelajar dengan mudah dapat memperolehi bahan lucah melalui internet seperti gambar dan video lucah.Penggunaan telefon bimbit juga memainkan peranan apabila kecanggihan telefon bimbit masa kini yang boleh memuat turun video dan merakam video telah disalahgunakan oleh pelajar.
Isu ini perlu dibendung segara dan jalan penyelesaiannya harus dilakukan dengan segera.Dalam mencapai negara maju dalam beberapa tahun lagi, masyarakat remaja harus mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pencegahan jenayah dan agar mereka mempunyai kefahaman mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.Langkah penubuhan kelab pencegahan jenayah oleh Kementerian pelajaran Malaysia ( KPM ) sejak 1999 adalah salah satu langkah yang baik bagi mengatasi masalah ini.Namun masalah ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak iaitu ibu bapa, guru-guru,pelajar, pertubuhan bukan kerajaan dan setiap orang dalam masyarakat menymbang dalam mengatasi masalah ini.




2.0       Rasional Pemilihan Isu Jurang Digital Dalam Pengaruh Perkembangan   TMK
a)    Jurang digital antara murid di kawasan luar bandar dan murid di kawasan bandar adalah satu ketidakadilan dalam pendidikan.Perkara ini adalah bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan yang menyatakan bahawa pendidikan yang diberi adalah pendidikan yang adil dan sama rata.Murid di kawasan bandar mendapat kelebihan dengan adanya kemudahan asas TMK yang lengkap dan juga mengikut arus perkembangan semasa.Berbeza dengan murid di kawasan luar bandar,mereka tidak mendapat pendedahan yang sama seperti murid di kawasan bandar.Kemudahan asas TMK adalah sangat terhad dan juga sudah ketinggalan.Akibat daripada kekurangan ini,maka hal ini mempengaruhi pembelajaran mereka.Murid di kawasan luar bandar yang tidak mendapat akses TMK seperti murid di kawasan bandar tidak dapat mengikuti trend pembelajaran terkini dan mereka tidak dapat meperkembangkan potensi mereka secara optim dan menyeluruh.

b)    Murid di kawasan luar bandar tidak seharusnya ditinggalkan di belakang.Mereka akan hanyut ditinggalkan arus permodenan TMK yang berkembag dengan sangat pesat.Apabila murid di kawasan luar bandar ketinggalan dalam kemajuan TMK, hal ini akan mempengaruhi potensi dan juga peluang mereka dalam pelajaran.Selain itu, peluang mereka untuk bersaing dengan pelajar di bandar adalah sangat terhad dan terbatas.Terhalangnya mereka daripada perkembangan TMK ini akan mempengaruhi prestasi mereka dalam peperiksaan.Oleh disebabkan perkara ini, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran di sekolah –sekolah berasrama penuh secara langsungnya telah tertutup.Pelajar luar bandar sebenarnya berhak mendapat pendedahan yang sama rata dalam TMK seperti murid di kawasan bandar.



MOHD ZARIF BIN MOHD RIDHWAN
Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Refleksi Kendiri
a.Isu forum/pendapat
Cabaran semasa guru yang ahli kumpulan saya bincangkan dalam forum adalah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.Isu yang kumpulan kami pilih adalah jurang digital antara murid di kawasan luar bandar dan murid kawasan bandar.Pada pendapat saya,pemilihan isu jurang digital yang telah dipersetujui bersama ahli kumpulan adalah satu isu yang tepat dan bersesuaian dengan cabaran guru masa kini.
Isu jurang digital antara murid di kawasan luar bandar dan murid di kawasan bandar harus diberi penekanan yang serius pada pandangan saya kerana isu ini sememangnya melibatkan keadilan dan hak dalam pendidikan.Jurang digital ini menunjukkan bahawa terdapatnya ketidakadilan dalam pendidikan.Saya mengatakan hal ini disebabkan murid di kawasan luar bandar seolah-olah dianak tirikan apabila keperluan dan pendedahan mereka tidak setara yang diterima oleh murid di kawasan bandar.Murid di kawasan luar bandar tidak berpeluang meneroka dunia pembelajaran yang menarik dan luas apabila peluang mereka untuk mengikuti perkembangan TMK  seperti didiskriminasikan.
Jurang digital ini juga sangat serius kerana murid di kawasan luar bandar tidak harus ditinggalkan sedangkan murid di kawasan bandar diberi pendedahan kepada TMK yang meluas.Kemudahan asas dan kelengkapan dan alatan-alatan lain yang berkaitan TMK sangat terhad di kawasan luar bandar.Murid di kawasan luar bandar juga berhak mendapat pendedahan dan kemudahan yang setaraf dengan murid di bandar.Sekiranya jurang digital tidak dirapatkan,iniu menunjukkan kita gagal dalam menyediakan pendidikan yang sama rata kepada semua murid di Malaysia tanpa diskriminasi.


b. perjalanan forum
            Kumpulan saya telah mengadakan satu forum bertajuk “ Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat : Jurang Digital Antara Murid Luar Bandar dan Murid Luar Bandar ” . Dalam forum ini, kami berjaya bekerja sebagai satu pasukan dalam menjayakan sesi perbincangan tersebut.Semua ahli kumpulan telah memainkan peranan masing-masing ketika forum berjalan.
Semua ahli kumpulan berpeluang memberikan hujah dan pendapat masing-masing.Pengerusi dilihat berjaya mengendalikan perjalanan forum dengan lancar.Keseluruhan sesi perbincangan boleh dikatakan baik dan berjalan seperti yang dirancang.Kekuatan yang ada dalam pasukan saya adalah kami berjaya merancang dan mendapat kata sepakat sebelum dan ketika forum berlangsung.
Namun terdapat juga beberapa kelemahan dalam forum ini.Antaranya adalah kami agak cemas dan berdebar ketika menjalankan sesi forum.Hal ini disebabkan kurangnya latihan dalam bentuk forum.Perkara lain yang saya lihat dapat diperbaiki lagi adalah kemahiran komunikasi seperti intonasi,nada suara dan pandangan mata dengan pendengar.Kemahiran menggunakan intonasi dan nada yang betul dapat menarik minat pendengar daripada permulaan hingga penghujung forum.
Perkara lain yang dapat dilakukan untuk menambahbaik forum ini adalah dengan menggunakan kemudahan TMK iaitu projector LCD untuk memaparkan tajuk perbincangan,nama pengerusi dan juga ahli panel.Selain itu data-data juga dapat disertakan sama ada dalam bentuk jadual,graf atau artikel.Dengan mengintegrasikan kemudahan TMK ini,forum akan menjadi lebih menarik.
Dalam forum ini saya dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berucap dan memberi pandangan di khalayak ramai.Forum ini berjaya meningkatkan motivasi setiap ahli dalam kumpulan.Kami juga dapat belajar membuat keputusan dengan pantas dan tepat dalam menjawab soalan-soalan yang tidak dijangka oleh pendengar.Forum ini bukan sahaja mengembangkan kemahiran berucap atau verbal malah forum ini memaksa saya menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kritis dalam menyelesaikan masalah.





أحدث أقدم