Download Percuma Template Blogger Premium VioMagz


Setiap blogger pasti mahu tampilan blog mereka lebih baik di mata sendiri dan juga pengunjung terutamanya bagi blogger-blogger yang menjadikan blog sebagai medium menjana pendapatan. Pemilihan template blog yang sesuai, responsive, mobile friendly, seo dan sebagainya amat dititik beratkan.

Blog Kickstory ini banyak kali telah bertukar wajah sehingga menjejaskan seo blog. Saya sering kali menukar template blog kerana template yang digunakan sebelum ini kurang sesuai digunakan. Pelbagai website menyediakan template yang percuma atau berbayar (premium). Kadang-kadang, template yang percuma pun lebih baik dan bergantung kepada pemilihan kita.

Template blog yang saya cadangkan sesuai digunakan ialah template VioMagz iaitu template terbaru dari Mas Sugeng. Template blog ini sesuai digunakan untuk blog dengan niche personal, news maupun magazine. Dengan design yang simple, responsive dan juga tetap menjaga kesan modern menjadikan VioMagz adalah salah satu template blogger premium yang sesuai gunakan saat ini. Pelbagai versi template VioMagz yang boleh di download secara percuma.

Saya juga menggunakan salah satu versi template VioMagz untuk blog pendidikan sains. Boleh lihat di sini - SAINSSPY



Kenapa template Viomagz ini menjadi pilihan?
  • Responsive 100%
  • SEO Ready
  • Fast Loading
  • Ads Optimized
  • Support Fitur Desainer Tema Blogger
  • Menggunakan Schema Markup
  • Icon Menggunakan Font Awesome
  • Breadcrumb Navigation
  • Auto Readmore
  • Pop-up Search Form
  • Widget Sticky
  • Widget Related Posts
  • Tombol Berbagi Responsive Keren
  • Numbered Page Navigation
  • Back to Top Button
  • Custom Error page
  • Tanpa Link Credit
  • Lainnya akan menyusul di versi terbaru.

Bagi peminat template blog VioMagz boleh lah download template ini secara percuma ataupun medapatkan versi premium dari Mas Sugeng.




This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info