Tidak Puas Hati Punca Sekolah Dibom


KOTA BHARU – Tiga pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sini dipercayai telah menggunakan bahan letupan yang diperbuat daripada belerang dan karbaid untuk menghasilkan bom buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ber­kata, belerang yang digunakan itu dihasilkan daripada 80 biji mercun bola sebelum dilempar ke arah bangunan sekolah.

“Bahan letupan itu kemudian diisi di dalam cawan plastik yang dibalut dengan getah tiub motosikal dan dilemparkan ke ba­ngunan sekolah tiga tingkat yang menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik guru disip­lin, bilik kaunseling dan dewan,” ujarnya.

Jelasnya, letupan bom itu meng­akibatkan cermin tingkap pada ke­semua bilik dan dewan pecah, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber: Kosmo Online

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info