Cikgu Syuhadah Sedang Bertarung Nyawa


MANGSA melecur akibat kebakaran di kuaters Sekolah Kebangsaan (SK)Batu Bungan, di Mulu, semalam, kini masih 'bertarung nyawa' di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Miri.

Syuhadah Azhari, 27, yang melecur 25 peratus kini masih belum sedarkan diri dan bergantung kepada alat pernafasan.

Kakaknya, Afifah Azhari,30, berkata, adiknya kehilangan banyak cecair badan akibat tragedi itu.

Afifah berkata, setakat ini, adiknya masih belum sedarkan diri kerana terpaksa 'ditidurkan' sementara menerima rawatan.

"Adik akan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak, Kuching. Bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaannya.

"Adik hanya akan dipindahkan menggunakan helikopter, sekiranya keadaannya kembali stabil," katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, suami kepada Syuhada, Muhammad Rohaizad Abd Rahim, 27, berkata, dia berharap isterinya kembali pulih.

"Saya dan isteri baru berkahwin sebulan lalu sebelum dia kembali bertugas di Sarawak," katanya

Katanya, dia menerima panggilan pada jam 7 pagi semalam dari rakan setugas isterinya mengenai kejadian itu.

"Berderau darah apabila dimaklumkan ada terkorban dalam kejadian itu dengan isteri turut tercedera," katanya.

Tragedi itu mengorbankan seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, manakala tujuh penghuni lain berjaya menyelamatkan diri.

Sumber: Harian Metro

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info