Laporan Rasmi Pencerobohan Di Lahad Datu

Sumber: http://mynewshub.my



TUNGKU(Lahad Datu) – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.

Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.

- See more at: http://mynewshub.my/2013/03/01/rasmi-dua-anggota-komando-terkorban-tiga-cedera-dan-12-penceroboh-ditembak-mati/#sthash.pFJfq6OM.dpuf

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info