Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ


Bantuan Musaadah Khaira PPZ ini merupakan inisiatif PPZ-MAIWP dalam membantu individu yang benar-benar memerlukan bantuan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Melalui bantuan Musaadah Khaira PPZ ini, anda boleh memohon RM300 tunai secara online. Bantuan ini boleh dimohon oleh semua Warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa.

Objektif  Bantuan Musaadah Khaira PPZ



  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  3. Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.


Syarat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ



  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.


Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ


Kepada pemohon yang layak dan memerlukan bantuan akibat terjejas dengan wabak covid-19, permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ boleh dilakukan melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.


Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ


Status permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ yang telah diproses boleh juga di semak melalui musaadahkhaira.zakat.com.my




Rujukan
1. Pusat Pungutan Zakat-MAIWP


Baca juga Semakan Status BPN Melalui LHDN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url