Cara Mudah Berniaga Secara Online




Ramai yang bertanya bagaimana nak mulakan bisnes online dengan modal yang minimun dan tidak mahu menyimpan produk/barangan untuk dijadikan stok. Saya bukannya pakar bab-bab bisnes ni tetapi apa yang saya tulis hanyalah panduan dan pengalaman yang saya lalui apabila menjadi peniaga online sebagai dropshipper. Setiap orang mungkin mempunyai pelbagai pendapat yang berbeza. Jangan kecam jika saya kongsikan pengalaman saya..

Cara Mudah Berniaga Secara Online 

1 Menjadi dropshipper

Kita jual produk orang lain di mana urusan jual beli kita yang lakukan manakala urusan penghantaran dilakukan oleh syarikat atau kedai

2. Beli barangan promosi dan jual

Kita mengambil gambar produk yang tengah buat promosi di mana-mana supermarket dan jual produk promosi kepada pelanggan yang berada jauh dari tempah promosi tersebut. Pastikan semasa jual barang tersebut, kos penghantaran dan keuntungan diambil kira (ambil untung sedikit tak apa asalkan berterusan orang beli barang kita)

3. Buat blog atau website

Jangan lupa promosikan barangan jualan kita menerusi facebook atau website untuk menarik minat pelanggan. Selamat mencuba tips ini.



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url