Copyright dan Saman


Hampir DiSaman.....

Bercerita tentang hampir di saman ini membuatkan saya banyak belajar tentang cabaran hidup bahawa ilmu adalah duit. Tanpa duit, tak adalah ilmu. Itu yang saya boleh simpulkan.

Kronologi Kes Saman

Saya hampir disaman apabila menyiarkan satu link muat turun bahan pembelajaran. Link muat turun tersebut saya perolehi dari salah satu blog pendidikan yang famous. Tanpa menyemak hak cipta bahan tersebut,  saya telah berkongsi link muat turun bahan tersebut di blog saya dan menyebabkan saya hampir disaman.

Sebenarnya link muat turun bahan tersebut sudah banyak tersiar di blog2 pendidikan. Lagipun bahan tersebut, apabila disemak adalah kurikulum yang lama dan bukannya KSSR. Permohonan maaf telah saya buat kepada pemilik asal hak cipta tersebut. 

Daripada kes ini, saya banyak belajar bahawanya ilmu bukan untuk dikongsi dengan percuma. Banyak daripada kita bercakap "ajarlah biar pun sepotong ayat". Namun itu hanyalah indah khabar dari rupa. Dunia sekarang tidak semuanya FREE..

Sekarang ini, perkongsian yang dibuat diblog saya adalah hak milik saya dan orang lain dengan meminta keizinan terlebih dahulu...

Pensyarah saya dari United Kingdom pernah berkata, jika tak mahu berkongsi bahan atau ilmu sila simpan sahaja ilmu untuk kegunaan kamu sendiri. Tak perlu berkongsi di media....

p/s:Ilmu untuk dikongsi... 
Next Post Previous Post
4 Comments
  • ariazir
    ariazir September 10, 2017

    Bahaya juga kalau kita siarkan sumber2 yang kita sendiri tak tahu ada copyright or tak. Kena sentiasa alert tentang perkara ni.

    Jangan lupa singgah ariazir.blogspot.com

    • Admin
      Admin September 10, 2017

      betul tu..kalau nk siarkan apa2 bahan/gmbr pastikan x ada copyright

  • Sherry Go Sharing
    Sherry Go Sharing September 13, 2017

    so much to learn, thanks for sharing. I reviewed a product on my blog and the sender ask me can copy my whole blog post or not for the product to her website. I say NO.

  • TheHaikal
    TheHaikal September 13, 2017

    Memang perlu berhati hari masa tulis artikel.. Sy pun kadang kadang risau juga..

Add Comment
comment url