Senarai Sekolah Yang Terlibat Dengan Isu Disiplin Dan Dadah - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR

Thursday, August 17, 2017

Senarai Sekolah Yang Terlibat Dengan Isu Disiplin Dan Dadah

Gambar: Sekadar hiasan  Sumber: Google

Senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dengan 402 buah sekolah telah disenaraikan sebagai sekolah yang mempunyai masalah disiplin dan isu dadah sangat mengejutkan dan telah membuka mata masyarakat tentang peningkatan masalah disiplin pelajar pada masa ini. 

Tingkahlaku pelajar yang tidak dapat dikawal  tambahan lagi dengan ibubapa yang tidak menyokong sebarang hukuman yang akan dikenakan ke atas anak mereka yang melakukan masalah disiplin menyukarkan sekolah untuk mengambil tindakan.

Sikap terlalu manjakan anak-anak adalah salah satu penyebab berlakunya perkara ini. Mungkin ibubapa tidak sedar bahawa generasi yang akan dilahirkan kelak akan mempunyai pelbagai masalah sosial jika tidak ditangani dengan segera. 

Secara peribadi, berilah kepercayaan kepada pendidik dalam membentuk insan yang sempurna dan ibubapa perlulah menyokong sepenuhnya tindakan pihak sekolah jika mereka mahu menangani isu ini dengan lebih baik. Tepuk dada tanya minda. Sama-samalah mendidik anak dengan ilmu agama agar terhindar dari melakukan perkara yang sia-sia.



















Sumber: https://www.nst.com.my/news/nation/2017/08/268913/revealed-full-list-402-malaysian-schools-disciplinary-drug-issues



No comments:

Post a Comment