Kenapa Pembedahan Lambat Dibuat Walaupun Kecemasan - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Sunday, July 16, 2017

Kenapa Pembedahan Lambat Dibuat Walaupun Kecemasan


Kadang-kadang kita akan terdengar luahan masyarakat kenapa hospital kerajaan mengambil masa yang lama untuk melakukan pembedahan walaupun kes tersebut adalah kecemasan. Sebenarnya terdapat prosedur-prosedur yang diperlu diambil dan dipatuhi sebelum melakukan sebarang pembedahan,. Hal ini bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 

Sebenarnya susah untuk kita memberi penerangan kepada masyarakat terutama yang tidak ada pengetahuan tentang latar belakang perubatan. Justeru, kupasan dari Dr. Mahyuddin mungkin boleh menerangkan dengan lebih lanjut Kenapa Pembedahan Anda Lambat Dibuat Walaupun Kecemasan. 



Untuk mendapat sebarang info tentang artkel berkaitan boleh lah rujuk link di bawah.
Profile Facebook: https://www.facebook.com/drmahyuddin                            Artikel : https://www.facebook.com/drmahyuddin/posts/10212008769087577




KENAPA PEMBEDAHAN ANDA LAMBAT DIBUAT WALAUPUN KECEMASAN?
Apalah doktor ni, kata emergency, emergency apakebendanya sampai puasa 10 jam tak panggil-panggil lagi ni!
Hospital kerajaan memang macam ni la, lembab!
TAHUKAH ANDA?
1. Bilik bedah kecemasan berjalan tanpa henti 24 jam setiap hari?
2. Bilik bedah ini melakukan semua pembedahan dari setiap jabatan yang ada di hospital.
3. Hampir semua hospital mempunyai 1 bilik bedah kecemasan yang berjalan berterusan 24 jam & 1 lagi bilik bedah (bersama staff) yang standby sekiranya berlaku kecemasan kedua yang melibatkan nyawa pesakit (biasanya pembedahan C-section/bersalin).
4. Bilik bedah kecemasan ini melakukan semua pembedahan kecemasan dari semua jabatan. Kami terpaksa menunggu giliran bagi membuat kes kami (penantian Jabatan Ortopedik adalah paling menyeksakan, anda boleh tahu selepas selesai baca post saya ni)
5. Hospital Kuala Lumpur mempunyai bilik bedah kecemasan Trauma yang KHUSUS bagi membuat kes-kes Ortopedik, yang berjalan 24 jam kerana terlalu banyak kes kemalangan & kepatahan di Lembah Klang.
Walaupun bilik bedah berjalan 24 jam tanpa henti, sesetengah kes memang akan lambat dipanggil.
Anda nak tahu kenapa operation anda lambat dibuat di hospital kerajaan? Berikut saya senaraikan antara sebab-sebabnya:
1. Kes memang terlalu banyak
2. Kes pembedahan dilakukan mengikut priority yang mana lebih membahayakan nyawa pesakit (dire emergency) dalam kes ini, jabatan saya iaitu Ortopedik lah yang paling tidak membahayakan nyawa, sebab itulah operation di wad Ortopedik lambat dibuat.
3. Kes anda masih belum stabil untuk dibedah-ujian darah tidak normal, jantung bermasalah dan sebagainya. Jika dibedah juga, anda mungkin tidak keluar dari bilik bedah dengan bernyawa.
4. Tiada consent/keizinan pembedahan
Jika diikutkan priority, kes-kes KECEMASAN pun ada level kecemasan yang berbeza juga. Saya senaraikan antara contoh pembedahan yang kerap menunggu giliran di bilik bedah kecemasan hospital.
PEMBEDAHAN DIRE EMERGENCY (Tahap Kritikal): kalau tidak dibuat segera, boleh membahayakan nyawa pesakit.
1. Pembedahan Caeserian section (ibu bersalin): Jabatan Sakit Puan
2. Pembedahan pendarahan kepala (intra cranial bleeding): Jabatan Pembedahan
3. Pembedahan pendarahan dalam abdomen (pendarahan usus, hati, limpa): Jabatan Pembedahan
4. Pelvic fracture dengan pendarahan dalaman (Ortopedik)
5. Pesakit Sepsis (ada jangkitan kuman yang telah masuk ke peredaran darah & merosakkan organ dalam pesakit). Biasanya sebab orang kita ni selalu datang lambat ke hospital sebab suka sangat makan supplemen dan cuba perubatan traditional/alternatif. Pastu datang hospital dah nazak dan push kami pulak supaya cepat... (ntah apa-apa...
😡)
PEMBEDAHAN KECEMASAN (Tahap Sederhana): Tidak membahayakan Nyawa pesakit dalam masa terdekat tetapi boleh menyebabkan morbiditi pesakit jika lambat dibuat.
1. Compartment Syndrome (Ortopedik)
2. Perforated appenditis
3. Open long bone fracture (Ortopedik)
4. Acute appendicitis (Pembedahan)
5. Necrotising fasciitis (Ortopedik)
6. Luka kencing manis, gangrene TANPA Sepsis
PEMBEDAHAN KECEMASAN (Tahap Rendah): Paling tidak membahawakan nyawa pesakit.
1. Infected wound (Ortopedik/Pembedahan)
2. Diabetic foot ulcer (Ortopedik)
3. Abscess/Carbuncle (Pembedahan/Ortopedik/Sakit Puan)
Saya sendiri sedih, marah dan kecewa melihatkan kes-kes Ortopedik yang menunggu untuk dipanggil. Saya akan sentiasa minta doktor saya untuk maklumkan kepada pesakit mengenai sebab kelewatan dan dokumenkan penjelasan tersebut.
Jika anda lihat pembahagian kumpulan di atas, kondisi Ortopedik adalah antara yang paling TIDAK CEMAS ATAU MEMBAHAYAKAN NYAWA dalam SENARAI KES KECEMASAN.
Apa yang anda boleh buat:
1. Jika anda lapar atau dahaga, anda boleh panggil doktor atau jururawat yang bertugas. Doktor akan memeriksa dengan bilik bedah dan jika kebarangkalian untuk kes anda dipanggil adalah kecil atau berisiko untuk lambat lagi, kami biasanya akan benarkan anda makan dahulu & berpuasa kembali selepas itu. Cuma anda kena ingat, jika anda makan/minum, anda terpaksa berpuasa semula sekurang-kurangnya 6 jam sebelum kes anda boleh dibuat. Ini adalah bagi memastikan perut anda kembali kosong bagi mengelakkan risiko tersedak (aspiration) yang boleh membawa MAUT.
2. Berdoalah banyak-banyak agar tidak banyak kes kecemasan yang tersenarai pada hari anda perlu dibedah tersebut.
3. Jika ada insuran, peguam atau kemampuan kewangan, secara peribadi, saya sarankan ke hospital swasta. Anda boleh mempercepatkan proses rawatan ke atas diri anda sendiri & mempercepatkan rawatan pesakit lain yang kurang berkemampuan di hospital kerajaan ni dengan cara off-loading kami.
Anda tidak perlu komplen kerana kami bukan sengaja melambatkan pembedahan anda. Malah kami komited bagi melakukan pembedahan anda secepat & sesempurna mungkin. Komplen anda akan sebenarnya hanya menambahkan beban yang kami (terpaksa buat surat tunjuk sebab, penjelasan, mesyuarat enquiry dan sebagainya) dan pastinya akan mengecewakan kami dengan sistem yang ada sekarang.
Anda juga tidak perlu gunakan kabel politik atau Ahli Lembaga Pelawat (ALP) untuk push kami. Ia akan menyebabkan kami lebih menyampah kepada anda. Kami tahu kerja kami. Jika anda menggunakan kabel politik sebenarnya anda menafikan hak orang lain yang sepatutnya dibuat terlebih dahulu. Insan marhaen yang dinafikan hak mereka semata-mata kerana tiada kabel politik.
Adakalanya, kami sendiri pun sampai bergaduh kerana memperjuangkan pesakit-pesakit untuk mempercepatkan pembedahan anda. Sesama doktor bedah, doktor bedah-bius, bius-perubatan, pembedahan-perubatan dan sebagainya. Kami memperjuangkan kemaslahatan pesakit-pesakit kami. Anda!
Anda janganlah marahkan kami atau pihak hospital. Jika anda kecewa dan marah sekiranya pembedahan lambat, saya sebagai Pakar Ortopedik dan doktor-doktor saya pun sama. Saya pun marah. Saya pun kecewa. Saya pun upset bila kes kami lambat dipanggil ke bilik bedah. Kami sedaya upaya membantu anda. Semoga anda lebih memahami selepas ini.


No comments:

Post a Comment