Bagaimana Lulus Akaun Penuh Google Adsense


Hari ini saya nak kongsikan bagaimana saya mendapat akaun penuh Google Adsense hanya dalam masa 3 hari. Hari ke 3, iklan-iklan Google sudah muncul di blog saya. Sebenarnya Kickstory.net sudah lama menceburi bidang google adsense (sejak tahun 2004), tetapi telah dibanned oleh Google Adsense kerana beberapa kes iaitu invalid click (terklik sendiri iklan).

Selepas akaun saya dibanned, saya hanya tertumpu kepada affiliate program sahaja. Hari ni saya nak kongsikan bagaimana akaun saya yang telah dibanned akhirnya di luluskan untuk bekerjasama dengan google adsense.

Bagaimana saya lulus akaun penuh?

  • Saya mendaftar akaun google adsense yang baru menggunakan email baru dicipta yang tidak bersangkutan dengan email yang telah di banned atau di reject
  • Saya menggunakan template blogger jenis Magazine dalam proses permohonan. (boleh tukar balik selepas diluluskan)
  • Saya elakkan blog saya melanggar polisi google adsense 
  • Tarik traffic ke blog dengan share URL blog kita di media sosial semasa dalam proses permohonan

Itu sahaja yang saya telah lakukan untuk mendapatkan akaun penuh google adsense. Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza berkaitan google adsense. Ada yang senang di approve dan ada yang susah di approve. Ini bergantung kepada rezeki dan niat kita untuk membangunkan blog atau website. 

Saya berharap dapat bekerjasama dengan google adsense untuk jangka masa yang panjang dan tidak akan dibanned seperti dulu lagi...Bermanfaat? Sila SHARE ok...


2 Comments

  1. Tahniah dapat akaun penuh adsense walaupun sebelum ini dibanned.

    ReplyDelete
  2. saya masih lagi berangan-angan...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post