Jawatan Kosong : Felo Kohort 2018 Program Teach For Malaysia - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Monday, June 12, 2017

Jawatan Kosong : Felo Kohort 2018 Program Teach For Malaysia

Pihak YTFM bekerjsama dengan pihak KPM dalam merekrut, memilih dan melatih graduan terpilih dan menempatkan mereka di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara. Felo TFM akan mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun sepenuh masa bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019, bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah. Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan di bawah Program TFM selama dua (2) tahun, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah yang merupakan sebahagian daripada gerakan Alumni TFM.
Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa pemilihan seperti berikut:
  • Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
  • Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan Julai 2017 hingga bulan September 2017
  • Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM dari bulan Oktober 2017 hingga bulan Disember 2017
KRITERIA ASAS PERMOHONAN
Krtieria-kriteria asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat di dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain)
  • Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Berumur 32 tahun ke bawah sebelum 1 Januari 2018
  • Memperolehi minimum "Kredit" bagi subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) •Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 atau "Second Class Upper"
CARA PERMOHONAN
Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM). Permohonan boleh dilakukan di laman web http://teachformalaysia.org/home/apply/
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM adalah pada 16 Jun 2017
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan tentang Program Teach For Malaysia boleh diajukan melalui emel di recruitment@teachformalaysia.org
NOTA: Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM.

Sumber: KPM

No comments:

Post a Comment