Duduk Diam Dapat Duit. Betul Ke? - Kickstory

Latest

Just Another View With A DSLR



Sunday, May 14, 2017

Duduk Diam Dapat Duit. Betul Ke?


Pernah tak korang nampak atau dengar iklan macam ni?

"Duduk diam, dapat duit 100k dalam masa sehari"
"Guna telefon dapat jana 20 ribu dalam sebulan"
"Tidur depan laptop duit masuk setiap minit"

Betul atau tidak itu terpulang kepada nasib dan usaha korang sebenarnya. Ada bisnes yang menjanjikan pendapatan lumayan sambil tidur di depan TV dan ada juga yang hanya gimik untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja. Semuanya adalah nasib.

Pada pandangan saya, iklan tersebut hanyalah gimik semata-mata. Mana mungkin ada pekerjaan di dunia ini yang duduk diam dan dapat duit. Mesti kita perlu melakukan kerja baru lah dapat duit. Sebagai contoh, jika kita join MLM (Multi Level Marketing) tentang sesuatu produk. Semestinya kita kena lakukan kerja untuk perolehi bonus samada mencari mencari agen (downline) atau menjual produk.. Adakah itu yang dikatakan duduk diam  dan menjana duit menggunakan telefon? 

Jika ada iklan yang mengatakan "Duduk diam sambil menjana duit sambil makan", semestinya ramai rakyat yang join bisnes ini dan semestinya ramai jutawan yang akan wujud dan semestinya tidak wujud pekerjaan lain kerana ramai orang akan join pekerjaan "duduk diam dapat duit" tersebut. Bagi pendapat sy iklan-iklan tersebut hanya gimik sahaja...

Kita lihat di dunia luar, seorang jutawan kosmetik gigih mempromosi produk mereka. Adakah membuat promosi itu maksudnya duduk diam? Jawapannya mestilah TDAK. Membuat promosi tu juga adalah satu kerja atau tugasan. Jadi saya dapat simpulkan, tiada kerja yang wujud dengan Duduk Diam Dapat Duit....

Berminat dengan Shaklee? Whatsapp 0169903669

Ini adalah pandangan penulis sahaja. Tidak ada kaitan untuk menjatuhkan sesiapa...Nantikan cerita benar pengalaman saya yang mempunyai seorang kawan yang hampir muflis kerana mempercayai omongan kosong pihak berkepentingan...


No comments:

Post a Comment